Hyundai TIGER - sebuah lagi kereta konsep tanpa pemandu yang boleh merangkak

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara CES 2019, Hyundai telah pun memperlihatkan sebuah model konsep yang digelar sebagai Elevate - konsep yang mampu merangkak dan berjalan seperti sebuah robot.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep tersebut kemudian diaplikasikan pada model konsep terbaharu Hyundai yang dinamakan sebagai TIGER, atau nama panjangnya Transforming Intelligent Ground Excursion Robot.

 


Dibangunkan oleh New Horizons Studio Hyundai, TIGER lebih direka untuk membawa muatan berat melalui laluan yang serba mencabar tanpa memerlukan kawalan daripada manusia.

Konsep ini dibangunkan atas platform modular, menampilkan sistem kaki yang sofistikated untuk berjalan dan merangkak di atas laluan yang sukar, dan dalam masa yang sama memastikan muatan kekal stabil.

 


Pergerakan TIGER ini dibantu oleh lapan penderia ultrasonik 360 darjah, lapan susunan kamera, bantuan GPS dan sambungan 4G, selain menempatkan dua panel radar yang mampu menembusi tanah untuk tujuan penerokaan.

Menurut Hyundai, TIGER ini boleh dipadankan dengan pelbagai jenis aplikasi seperti penghantaran muatan kargo, atau tujuan pengawasan di lokasi yang tidak sesuai untuk dimasuki manusia, seperti contoh di permukaan bulan atau planet baharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…