Hyundai tamatkan penawaran model bertransmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Hidup segan, mati memang sudah tentu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itu yang boleh diibaratkan kepada model kenderaan bertransmisi manual di mana ia kini sudah berada di ambang kepupusan yang hakiki, di mana satu demi satu model ditelan zaman.

Terbaharu, selepas model Venue, Hyundai telah pun menamatkan penawaran kereta sedan yang dilengkapi dengan tiga pedal, iaitu Accent, di mana ia hanya akan ditawarkan dengan transmisi CVT (atau nama lain Smartstream IVT) sahaja untuk model tahun 2022.
 

ACCENT


Menurut laporan daripada CarsDirect, dengan ketiadaan opsyen transmisi manual, harga jualan Hyundai Accent kini meningkat kepada $17,670 (RM73,331) , atau kenaikan sebanyak $1,300 (RM5,395) berbanding model Accent SE yang dilengkapi transmisi manual enam kelajuan.

Namun begitu, Hyundai Accent 2022 masih lagi merupakan model Hyundai yang paling mampu milik, dengan penawaran enjin 1.6 liter yang menghasilkan 120 hp dan 153 Nm.

Baca: Kenapa Proton tidak menawarkan transmisi manual pada Iriz, Persona 2022?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…
Berita Global
Kini, Toyota memenuhi permintaan mereka dengan melancarkan GR Supra 2023 yang kini didatangkan…
Berita Global
Sehingga kini, ia masih lagi tidak kelihatan akan menjadi kenyataan. Namun, informasi yang…