Cerita sebuah pasangan yang berasal dari Ohio, Amerika Syarikat yang sanggup mengambil empat orang anak angkat seperti yang disiarkan dalam rancangan Good Morning America November lalu menarik perhatian Hyundai.
Malah, Hyundai dengan sendirinya menjemput kedua-dua pasangan ini untuk hadir ke majlis pengenalan rasmi SUV Palisade di Los Angeles tahun lalu sebelum membuat keputusan untuk menghadiahkan SUV tersebut untuk kegunaan mereka.
Baru-baru ini, majlis penyerahan SUV tersebut telah diadakan di Preston Hyundai, Ohio kepada keluarga 12 orang tersebut.
Menurut Pengurus Besar Preston Hyundai, Joshua Bakuhn berkata, "kami berasa amat terharu dengan kisah inspirasi yang diperlihatkan oleh keluarga ini.
"Ia menunjukkan betapa pentingnya kasih sayang di dalam membina sebuah keluarga bahagia, tidak kira apa jua rintangan yang dihadapi.