Hyundai STARIA Menang GOOD Design Awards 2021, rekaan unik diiktiraf!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Staria
Hyundai Staria
Satu perkara tentang Hyundai era baharu ialah reka bentuk yang hadir dengan identiti tersendiri.

Walaupun nampak moden dan mengikut trend terkini, gayaan Hyundai kekal unik dan berbeza dengan sekutunya Kia.

Keunikan Hyundai boleh dilihat pada model-model seperti Elantra, Sonata, Santa Fe dan Palisade.

Selain itu, satu daripada model yang benar-benar menonjol ialah MPV STARIA. Ini bukan saingan terus kepada Toyota Vellfire atau Alphard kerana saiznya begitu besar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Hyundai Staria

 

Usaha Hyundai dengan rekaan unik STARIA diperakui apabila MPV itu diumumkan sebagai salah satu pemenang GOOD DESIGN Awards 2021 bagi kategori pengangkutan.

GOOD DESIGN Awards adalah satu daripada pertandingan reka bentuk paling lama di dunia yang kini memasuki usia ke-71 tahun.

Bercakap tentang MPV buatan Hyundai, syarikat dari Korea itu menawarkan Grand Starex dan ianya jauh berbeza jika dibandingkan dengan STARIA.

Model terbaru ini tampil lebih mewah dan bahagian dalaman dengan reka bentuk tersendiri.

 

Hyundai Staria

 

STARIA membawakan elemen futuristik dan misteri seperti sebuah kapal angkasa.

Lampu depan direka berjalur dari kanan ke kiri dan pada bampar ditempatkan lampu utama LED yang disusun bertingkat. Bentuk gril direka berkotak dengan saiz lebar dan besar.

Bahagian tepi tiada garis dramatik dan tampil bersahaja kecuali saiz tingkap yang besar. Lampu belakang direka ringkas secara menegak namun tampil terperinci dengan parametric pixel lights.

Sekali lagi tiada garisan atau bentuk dramatik di bahagian belakang dan secara keseluruhannya reka bentuk STARIA nampak harmoni.

Memang benar bahawa STARIA ini direka seperti sebuah kapal angkasa.

 

Hyundai Staria

 

Bahagian dalam pula membawa pengaruh kapal persiaran. Cermin yang besar memberikan suasana pandangan luas selain membawa perasaan keterbukaan.

Ciri yang luas atau lapan itu sebenarnya dipengaruhi oleh senibina tradisional hanok Korea dan membolehkan penumpang rasa seperti bahagian luar adalah sebahagian daripada bahagian dalaman.

Risaukan privasi dengan cermin sebegitu besar? Gelapkan sahaja dengan filem cermin.

 

Hyundai Staria

 

Untuk pasaran tempatan, STARIA dibekalkan enjin tunggal 2.2L CRDi diesel berkuasa 177 ps pada 3,800 rpm dan tork 431 Nm dari 1,500 rpm hingga 2,500 rpm.

Ciri keselamatan terdiri daripada enam beg udara, Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan (FCA), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), Bantuan Titik Buta dan Pengelakan Pelanggaran (BCA).

Turut dilengkapi Bantuan Keluar Selamat (SEA), Kawalan Jelajah Pintar dengan Henti dan Mula (SCC w S/G), Bantuan Pengekalan Lorong (LFA) dan Bantuan Lintasan Belakang dan Pengelakan Pelanggaran (RCCA).

Kepada yang berkenan dengan MPV futuristik ini ditawarkan pada harga RM358,000.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Staria

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai rujukan, Staria pasaran tempatan digerakkan enjin 2.2 liter CRDi diesel turbo atau 3.5…
Berita Global
Namun, jangkaan awal penulis ternyata salah, kerana ia sebenarnya bukanlah varian baharu atau versi…
Berita Domestik
Selepas pelancaran Staria versi tujuh tempat duduk tahun lepas, pihak HSDM telah banyak mendapat…