Tidak seperti Staria standard, Staria Lounge Limousine membawakan rekaan bumbung tinggi dengan siling pop-up yang mampu memberikan dimensi kabin setinggi 205 mm.
Selain itu, Staria Lounge Limousine turut memuatkan skrin multimedia sebesar 25 inci - yang terbesar di dalam segmennya yang menyokong sambungan USB, HDMI, peranti pintar, serta siaran Digital Multimedia Broadcasting (DMB) berdefinisi tinggi.
Untuk keselesaan penumpang, Hyundai membawakan ciri seperti penapis udara, serta sistem pencahayaan bumbung 'Starry Sky' apabila bahagian tersebut ditinggikan.
Sistem pencahayaan LED tambahan turut dipasang pada tempat duduk baris kedua dan ketiga, sementara konsol tengah pula menempatkan binaan meja boleh lipat, USB-C, serta tempat meletak cawan yang boleh digerakkan dari baris pertama hingga ke belakang.
Selain daripada sistem suspensi yang telah ditala semula, para jurutera Hyundai turut menambah sistem pengedap bunyi bagi menjadikan ruang kabin yang lebih senyap.
Hyundai Staria Lounge Limousine boleh didapati dalam sembilan atau tujuh tempat duduk, dengan harga jualan bermula dari 57.92 juta won (RM199,389) hingga 59.63 juta won (RM205,276) untuk versi tujuh tempat duduk.