Hyundai Staria 10-seater dan Kia Carnival: Laku maut!

oleh HEZERI SAMSURI|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baharu sahaja melancarkan model MPV besar Staria 10-tempat duduk dan menurut laporan awal, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Staria varian 10-tempat duduk itu datang dengan harga dari serendah RM179,888 untuk versi Lite, RM196,888 untuk versi Plus dan RM209,888 untuk Max.

Perbezaan antara versi-versi itu ialah dari kelengkapan yang diberikan. Enjin diesel 2.2 CRDi dengan 177 PS 431 Nm dan transmisi 8-kelajuan automatik serta jumlah tempat duduk adalah sama.

 

 

Dengan melengkapkan Staria ini sebagai sebuah kenderaan van dengan 10 tempat duduk, ia dapat diklasifikasikan sebagai sebuah kenderaan yang boleh digunakan untuk tujuan perdagangan dan menerima insentif bebas dari duti eksais, walaupun didaftarkan sebagai kenderaan persendirian.

Ia jauh lebih mampu milik berbanding dengan Staria 7-tempat duduk yang dijual apda harga hampir RM370,000.

Penurunan harga itu nyata diterima ramai dan laporan tidak rasmi diterima oleh Careta mendapati Staria varian 10-tempat duduk ini menerima sambutan yang cukup baik.

Susun atur tempat duduk untuk Staria ini ialah tiga penumpang di barisan hadapan (termasuk pemandu), tiga di barisan kedua, dua di barisan ketiga dan keempat. 

Barisan keempat mampu dilipat untuk memberikan lebih ruang kargo dan kesemua tempat duduk datang dengan tali pinggang keledar.

 

 

Jaminan standard 2-tahun atau 50,000 km diberikan. Pembeli boleh memilih pakej tambahan bernilai RM10,000 untuk jaminan sehingga 5-tahun atau 300,000 km dengan pakej servis percuma untuk 3-tahun atau 50,000 km.

Untuk yang mahukan sesuatu yang lebih mewah dan berkuasa, Kia Carnival dengan 8-tempat duduk boleh menjadi pilihan.

Ia bermula dari harga RM231,228 untuk varian 8-tempat duduk Mid, RM247,228 untuk 8-tempat duduk High dan RM261,228.80 untuk 7-tempat duduk High.

Enjin SmartStream D2 2.2-liter yang digunakan oleh Kia adalah unit yang sama dengan Staria tetapi ditala dengan prestasi yang lebih berkuasa - 202PS dan 440 Nm.

Apapun, kedua-dua MPV Korea ini menjamin perjalanan jauh yang lebih lancar, mengujakan dan menjimatkan berbanding dengan enjin petrol pada MPV seperti Toyota Vellfire/Alphard kerana enjin diesel dengan kadar daya kilas yang lebih tinggi adalah pilihan terbaik untuk genre kenderaan besar dan berat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…
Berita Domestik
Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada Ahad lepas melibatkan anggota Balai Polis…
Berita Domestik
Peniaga berusia 33 tahun yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis itu ditahan…