Walaupun ia belum dilancarkan di Malaysia, respon dari rakyat Malaysia sangat positif.
Varian hibrid untuk Sonata baharu ini rupanya dilengkapi dengan bumbung solar untuk menambah perbatuan yang boleh dipandu disamping menghalang penyah-caj yang tidak diperlukan.
Tidak ada banyak informasi berkaitan bumbung solar itu, tetapi hibrid ini menggunakan enjin 2.0L dengan motor elektrik bagi memberi gabungan tenaga sebanyak 192 hp.
Harapnya Sime Darby Motors Malaysia memasangnya di sini agar ia boleh dijual pada harga RM150k dan dimiliki oleh ramai pengguna.