Hyundai Sonata generasi baharu diperlihatkan secara rasmi di Malaysia - RM20X ribu, tempahan RM888 sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira setahun setengah selepas pelancaran rasmi Hyundai Sonata di peringkat global, akhirnya sedan segmen D itu membuat kemunculan rasmi di tanah air, sekaligus merangkap kemunculan kali pertama di rantau ASEAN.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikuti trend masa kini, Hyundai Sonata itu membawakan bahasa rekaan baharu Sensuous Sportiness yang disumbangkan oleh gaya rekaan sedan fastback yang ternyata menjadikan sedan ini lebih sporti.

 


Ketika pengenalan rasmi di Hyundai Ara Damansara tempoh hari, sedan ini didatangkan dengan nadi Smartstream G2.5 liter yang menghasilkan 180 kuasa kuda dan 232 Nm.

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik enam nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan sahaja.
 


Sedan Sonata ini menampilkan rekaan lampu nyalaan siang yang dihasilkan menggunakan potongan laser, dan mampu berubah menjadi jaluran krom apabila ia tidak digunakan.

Sementara rekaan lampu belakang pula adalah berbentuk C yang disambung dengan jaluran LED yang melintangi bahagian tersebut, diakhiri dengan penjenamaan 'SONATA'.

Keempat-empat sudut menggunakan rekaan rim aloi bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar 235/45.

 


Memasuki ruang kabin, pemandu akan dihidangkan dengan paparan head-up, skrin infotainmen bersaiz lapan inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, skrin kluster Supervision digital sepenuhnya 12.3 inci dengan paparan titik buta, sistem pendingin hawa automatik, slot pengecasan nirwayar dengan fungsi penyejuk dan seleksi penukaran gear menggunakan butang fungsi sahaja.

Selain daripada itu, Hyundai Sonata juga turut didatangkan dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara, ciri pemantauan titik buta (BVM), sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) termaju, dan semestinya kelengkapan keselamatan SmartSense seperti Advanced Smart Cruise Control (ASCC), Forward Collition-Avoidance Assist, Automatic High Beam Assist, Lane Keep Assist, Lane Follow Assist, dan Driver Attention Warning.
 


Setakat ini tiada sebarang informasi berkenaan harga jualan, tarikh pembukaan tempahan serta pelancaran sebenar, namun memandangkan keadaan semasa berkemungkinan besar Sonata ini akan dilancarkan serentak dengan SUV segmen B Hyundai Kona menjelang akhir tahun ini.

Kemaskini (06/10/2020)

Bagi mereka yang mahu mendapatkan sedan segmen D ini, Hyundai-Sime Darby Malaysia telah membuka tempahan bagi Hyundai Sonata di kesemua pusat pameran Hyundai di seluruh negara dengan yuran tempahan RM888 sahaja.

Harga jualan anggaran bagi pesaing Toyota Camry, Honda Accord, dan Mazda6 ini bermula dari RM20X,XXX.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…