Hyundai Sonata generasi baharu diperlihatkan dalam iklan Kona

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Hyundai-Sime Darby Motors kini giat mempromosikan kedatangan SUV terbaharu Kona, di mana mereka diberitakan bakal melancarkan model tersebut pada suku keempat tahun ini (Q4 2020).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Unit CBU itu kini sudah pun dibuka untuk tempahan, di mana harga jualan anggarannya bermula dari RM115,000 dengan yuran tempahan serendah RM288 sahaja.

Dalam satu iklan terbaharu yang dipaparkan dalam laman rasmi Facebook Hyundai Malaysia, Hyundai bukan sahaja mempamerkan model Kona yang dimaksudkan, akan tetapi memaparkan sebuah lagi model sedan baharu yang tersorok di sebalik SUV tersebut.

Berdasarkan pengamatan, tidak lain dan tidak bukan ia merupakan sedan generasi baharu Hyundai Sonata yang telah pun dilancarkan di peringkat global pada tahun lalu.

 


Sedan generasi kelapan yang bakal memberikan saingan kepada Toyota Camry dan Honda Accord itu tampil dengan rekaan badan jenis fastback, serta bahasa rekaan baharu Hyundai "Sensuous Sportiness".

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Hyundai Sonata disuapkan dengan dua pilihan enjin, di mana versi asas didatangkan dengan enjin 2.5 liter Smartstream aspirasi natural 191 kuasa kuda dan 245 Nm, manakala versi tertinggi pula menerima enjin 1.6 liter turbo Smartstream T-GDI dengan angka output 180 hp dan tork setinggi 254 Nm.

Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

 


Ciri keselamatan yang terdapat pada Sonata 2020 termasuklah Advanced Smart Cruise Control (ASCC), Forward Collision-Avoidance Assist, Automatic High Beam Assist, Lane Keep Assist System (LKAS), Lane Follow Assist dan Driver Attention Warning.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar pelancaran bagi kedua-dua model Hyundai Kona dan Hyundai Sonata, namun melihatkan kepada trend semasa (akibat COVID-19), ia mungkin akan dilancarkan secara serentak dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, terdapat ura-ura Hyundai Motor Group mahu menghentikan penjualan bagi tiga…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja yang akan diproduksikan di mana sedan segmen D ini menampilkan kemasan…
Telah Diuji
Ada yang membawa kereta berjenama automotif pertama Malaysia, tidak kurang yang datang dengan…