Hyundai Sonata 2024 - versi facelift tampil dengan perubahan besar

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran sedan segmen D sudah semakin mengecil, tidak seperti dahulu dan di sesetengah tempat, ada pengeluar yang sudah pun menghentikan penjualan model sedan seperti Toyota Camry dan Honda Accord.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia bukanlah penghalang bagi Hyundai untuk mendatangkan versi kemaskini terhadap sedan segmen D mereka, Sonata 2024 yang membawakan perubahan yang agak besar untuk sebuah model facelift.
 

SONATA


Ciri Sensuous Sportiness dibawakan pada Sonata 2024 yang mengambil inspirasi daripada model-model moden Hyundai seperti Kona dan Staria, seperti bar lampu LED melintang diikuti dengan unit lampu utama yang berselindung disebalik bukaan kemasukan udara pada bahagian sisi.

Berbanding Sonata pra-facelift, Sonata 2024 ini nyata lebih agresif.
 

SONATA


Selain daripada itu, rekaan hud enjin juga telah diperbaharui dengan membawakan beberapa garis karakter yang lebih menonjol, diikuti dengan lampu belakang LED yang turut dikemaskini.

Sementara model sporti N Line didatangkan dengan unit peredam berkembar serba baharu serta rim bersaiz 19 inci yang bergaya.

Perubahan yang besar turut dibawakan pada ruang kabin Sonata, merangkumi penggunaan panel melengkung yang terdiri daripada skrin kluster 12.3 inci dan skrin infohibur 12.3 inci, sementara butang transmisi shift-by-wire telah dialihkan ke bahagian kolum stereng.
 

SONATA


Ini menjadikan konsol tengah nyata lebih lapang untuk memuatkan ruang meletakkan barangan, tempat pemegang cawan, dan tempat perehat tangan yang lebih kemas.

Kombinasi warna dan bahan trim juga telah ditambahbaik untuk memastikan keselesaan penumpang di dalam Sonata 2024.

Buat masa ini, Hyundai tidak mendedahkan perincian berhubung trenkuasa Sonata 2024.
 

SONATA


Namun terdapat laporan di mana enjin asal 1.6 liter turbo itu akan digantikan dengan nadi 2.5 liter turbo (290 hp/421 Nm) seperti yang ditawarkan pada model N Line terdahulu.

Hyundai Sonata 2024 akan dipamerkan pada acara Seoul Mobility Show yang akan bermula dari 30 Mac hingga 9 April 2023.