Hyundai Sonata 2020 - varian tunggal Smartstream 2.5 liter, harga dari RM189,888!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pelancaran model SUV segmen B Hyundai Kona, Hyundai-SDM turut mengambil kesempatan melancarkan secara rasmi model sedan segmen D terbaharu mereka, Hyundai Sonata 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi kelapan Hyundai Sonata ini membawakan bahasa rekaan terbaharu Hyundai yang digelar sebagai Sensuous Sportiness yang membawakan garis bumbung yang mencerun ke belakang, jarak overhang yang pendek, dan deck lid yang rendah sekaligus memberikan keseimbangan terhadap rekaan sedan ini.

 


Antara ciri menarik yang didatangkan pada Hyundai Sonata ini adalah Hidden Lighting Lamps - jalur lampu nyalaan siang DRL yang dibentuk menggunakan potongan laser di mana ia tampak seakan jalur krom saat dipadamkan.

Lampu belakang pula didatangkan dalam bentuk C yang dihubungkan dengan jalur LED melintangi bahagian tersebut.

 


Secara asasnya, Hyundai Sonata 2020 membawakan dimensi panjang 4,900 mm, lebar 1,860 mm, tinggi 1,445 mm dengan jarak antara roda 2,840 mm.

Penambahan dimensi berbanding generasi terdahulu diterjemahkan dengan ruang kabin yang amat luas, ditambah dengan tempat duduk balutan kulit dengan fungsi memori yang pertama didatangkan untuk model Hyundai di Malaysia.

 


Antara kelengkapan yang didatangkan termasuklah sistem infotainmen 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, skrin kluster instrumen Supervision 12.3 inci TFT-LCD, sistem pendingin  hawa dua zon automatik, paparan head-up, tiga slot pengecasan USB, dan corong pendingin hawa baris kedua.

Untuk memudahkan pengguna, terdapat juga slot pengecasan nirwayar yang dilengkapi dengan penderia suhu dan fungsi penyejukan bagi memastikan peranti anda kekal pada suhu yang sesuai ketika sedang mengecas.

 


Hanya satu varian sahaja ditawarkan, iaitu Sonata dengan nadi Smartstream G2.5 bersesaran 2,497 cc menghasilkan 180 PS dan 232 Nm serta gandingan transmisi automatik enam nisbah kelajuan dan ciri shift-by-wire.

Terdapat sehingga empat mod pemanduan ditawarkan untuk Sonata iaitu Smart, Comfort, Eco dan Sport.

Ciri keselamatan yang dilengkapkan termasuklah enam beg udara SRS, ABS, ESC, bantuan mula mendaki (HAC), bantuan brek (BAS), pengurusan kestabilan kenderaan (VSM), sistem pemantauan titik buta, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), Park Assist System dan Surround View Monitor (SVM).

 


Enam warna ditawarkan untuk Hyundai Sonata 2020 iaitu White Cream, Shimmering Silver, Nocturne Grey, Oxford Blue, Midnight Black, dan Flame Red, manakala warna dalaman pula boleh dipilih daripada warna hitam, dua tona Greige dan Camel.

Untuk 50 pembeli terawal Hyundai Sonata Smartstream G2.5, Hyundai-SDM memperkenalkan harga istimewa bermula dari RM189,888 manakala harga jualan sebenar untuk pembeli yang ke-51 bermula dari RM206,888.

 


Setiap pembelian Hyundai Sonata 2020 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 300,000 km yang mana terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…