Hyundai Sonata 2020 generasi kelapan - lebih sporty!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai telah memperlihatkan secara rasmi generasi baharu sedan saiz pertengahan Hyundai Sonata 2020 pada acara Geneva Motor Show baru-baru ini. 

Bermula dari kertas kosong, ia tidak langsung membawakan apa-apa persamaan daripada generasi terdahulu dan hasilnya, generasi kelapan ini kembali ke persada dunia dengan reka bentuk yang lebih sporty. 
 


Sedan empat pintu coupe ini membawakan bahasa rekaan baharu Sensuous Sportiness, terdiri daripada jarak overhang yang pendek, garis bumbung yang mencerun dan deck lid rendah memberikan keseimbangan pada rekaan keseluruhan. 

Hyundai Sonata 2020 menampilkan eleman pinjaman daripada kereta konsep HDC-2, iaitu Hidden Lighting Lamps - pada asalnya lampu nyalaan siang (DRL) yang tampak seperti material krom apabila dipadamkan. 
 


Hyundai telah memberikan lebih usaha dalam menjadikan kereta saiz pertengahan ini lebih premium dan menarik perhatian umum. 

Ini boleh dilihat menerusi rekaan kabin dan papan pemuka yang diinspirasikan daripada pesawat Stealth, dimana para pereka telah menyemak kembali ketinggian papan pemuka dan liang aliran udara berbanding generasi terdahulu.

Selain daripada skrin paparan info hiburan di bahagian tengah, pemandu juga turut diberikan skrin paparan digital di balik stereng menggantikan peranan meter analog. 
 


Butiran lanjut akan diumumkan ketika pelancaran rasmi peringkat global di acara New York Auto Show 2019 bulan hadapan.
 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Jadi, bila mana pengeluar itu mula menawarkan barisan kenderaan elektrik seperti SUV iX dan i4,…
Berita Global
Namun, jenama Alpina yang baharu sahaja dimiliki oleh pengeluar tersebut kini tampil dengan…
Model Terbaharu
Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, 4-Series Gran Coupe ini membawakan dimensi yang lebih…