Hyundai-Sime Darby tawar program trade-in sempena akhir tahun

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang sedang mencari-cari sebuah kenderaan berjenama Hyundai serba baharu, ini merupakan masa keemasan di mana Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan kempen pertukaran (trade-in) hujung tahun yang menawarkan nilai tambahan sehingga RM5,000!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara masalah yang kerap dialami adalah kebanyakan pengedar kenderaan terpakai cenderung untuk meletakkan nilai yang lebih rendah terhadap kenderaan terpakai Hyundai atas alasan kenderaan tersebut sukar untuk dijual semula.

Namun, menerusi kolaborasi dengan pengedar kenderaan pra-milik Sime Darby Auto Selection (SDAS), para pemilik kini boleh mendapatkan harga yang lebih kompetitif untuk kenderaan yang ditukar milik.

Untuk pelanggan Hyundai sedia ada, HSDM menawarkan nilai tambahan sehingga RM5,000 berbanding nilai pasaran semasa, dan RM3,000 untuk pemilik kenderaan bukan berjenama Hyundai sehingga 31 Disember ini, tertakluk kepada terma dan syarat.

Para pemilik kenderaan juga perlu memastikan segala dokumen adalah lengkap dan tulen, memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PUSPAKOM, serta perlu melalui proses yang diaturkan oleh Sime Darby Auto Selection Sdn Bhd.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian 1-300-13-2000.