Hyundai sertai WTAC 2019 dengan jentera i30 Fastback N

oleh Mohamad Hanif|
Acara perlumbaan World Time Attack Challenge 2019 akan berlangsung tidak lama lagi di Sydney Motorsport Park, Australia, dan Hyundai dilaporkan akan menyertai perlumbaan tersebut dengan sebuah jentera khas - i30 Fastback N.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan World Time Attack Challenge ini kebiasaannya didominasi oleh syarikat penala, syarikat persendirian serta pasukan perlumbaan bagi menguji prestasi di dalam kelas tersendiri. 

Dengan jentera i30 Fastback N, Hyundai bakal menjadi syarikat pengilang pertama yang menyertai dan akan bertanding di dalam kelas Clubsprint. 
 


Angka rasmi prestasi Hyundai i30 Fastback N masih lagi belum didedahkan, namun kereta lumba itu akan menampilkan talaan kepada ECU serta komponen turbo dan intercooler yang telah dinaiktaraf. 

Manakala komponen dalaman enjin asal pula dibiarkan standard tanpa sebarang ubah suai. 

Aspek aerodinamik jentera ini diserahkan kepada pakar, Dr Sammy Diasinos yang sebelum ini pernah bekerja di dalam Formula 1. 

Dr. Sammy telah membangunkan pakej aerodinamik yang sesuai untuk i30 Fastback N merangkumi splitter hadapan yang mampu menghasilkan daya turun 250 kg pada 200 km/j, serta sayap belakang yang menghasilkan daya 450 kg pada kelajuan yang sama. 
 


Manakala bahagian-bahagian lain telah diambil daripada Hyundai i30 N Project C seperti hud gentian karbon, stereng balutan Alcantara, dan rim aloi ringan OZ Racing. 

Di dalam kelas Clubsprint, pelumba professional tidak dibenarkan untuk bertanding bagi pihak Hyundai, jadi syarikat itu telah melantik pakar perancangan dan pembangunan produk Hyundai Australia, Tim Rodgers sebagai insan yang bertanggungjawab di sebalik stereng i30 Fastback N ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…