Hyundai serah 11 unit pertama IONIQ 5 kepada pelanggan Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini telah menyerahkan 11 unit pertama kenderaan elektrik Hyundai IONIQ 5 bertempat di pusat pameran Hyundai Ara Damansara.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Selain menerima kunci kereta baharu, 11 orang pelanggan pertama IONIQ 5 turut menerima keahlian percuma chargEV selama satu tahun yang ditaja oleh Yinson GreenTech.

Untuk pasaran Malaysia, Hyundai IONIQ 5 boleh didapati dalam tiga varian utama iaitu Lite, Plus dan Max, dengan jarak pemanduan sehingga 430 km, serta pelbagai ciri-ciri moden dan bantuan pemandu termaju yang dimuatkan.

Tidak ketinggalan, penggunaan bahan dan kemasan yang lebih mesra alam didatangkan pada ruang kabin EV ini.

Di peringkat global, Hyundai IONIQ 5 berjaya meraih pelbagai anugerah berprestij termasuklah enam trofi di Auto Express New Car Awards 2021 di United Kingdom, dan anugerah Car of the Year.

Harga jualan IONIQ 5 bermula dari RM199,888 atas jalan tidak termasuk insurans dan dikecualikan sepenuhnya daripada duti eksais dan import, cukai jualan serta cukai jalan di bawah Bajet 2022.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…