Hyundai-SDM tawar promosi menarik hujung minggu ini!

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 17 hingga 19 September ini, Hyundai-Sime Darby Motors bakal membawakan promosi menarik untuk barisan kenderaan pra-milik Hyundai dalam unit yang terhad.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model-model seperti Elantra, Santa Fe, Grand Starex, Sonata dan juga Kona boleh didapati di Sime Darby Auto Hyundai, Ara Damansara bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, malah pelanggan juga turut dibenarkan untuk memandu uji unit yang dinyatakan.

Kenderaan pra-milik Hyundai yang dijual menerusi Hyundai Promise didatangkan dengan jaminan alat ganti dan komponen original, di mana pemeriksaan yang ketat dibuat oleh juruteknik bertauliah untuk memastikan setiap unit berada dalam keadaan baik.

Pembeli juga tidak perlu risau kerana setiap kenderaan yang dijual bebas kemalangan dan datang dengan lanjutan jaminan antara dua hingga lima tahun bergantung kepada usia kereta dan jarak perbatuan yang dicatatkan.
 

SDM


Bagi mereka yang mencari kereta baharu Hyundai, HSDM turut menawarkan pakej promosi menarik serta pembiayaan mudah seperti:

  • pembiayaan serendah RM958/bulan
  • jaminan lima tahun atau 300,000 km serta pakej servis percuma tiga tahun/50,000 km
  • pakej promosi tambahan bernilai RM7,900 untuk kakitangan kerajaan
  • hadiah istimewa untuk setiap pandu uji kereta Hyundai dan hadiah tambahan untuk setiap tempahan kereta baharu

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.hyundai.com.my atau laman Facebook Hyundai Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…