Hyundai-SDM lancar program kenderaan pra-milik Hyundai Promise

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan program kenderaan terpakai Hyundai Promise Used Car Programme (Hyundai Promise) sebagai satu platform yang menawarkan penukaran dan pembelian kenderaan pra-milik Hyundai.

Setiap kenderaan pra-milik Hyundai yang dijual menerusi Hyundai Promise datang dengan unit enjin serta alat ganti yang tulen, di mana pemeriksaaan yang terperinci akan dibuat oleh juruteknik yang terlatih untuk memastikan setiap aspek mekanikal dan elektrikal berada dalam keadaan optimum sebelum diluluskan dan diperakui.
 

Hyundai Promise


Setiap kenderaan pra-milik dilindungi oleh jaminan pengeluar dan pengedar, serta bantuan tepi jalan 24 jam.

Hyundai Promise juga menawarkan lanjutan jaminan antara dua hingga lima tahun bergantung kepada usia kenderaan serta jarak perbatuan yang dicatatkan.
 

Hyundai Promise


Mereka yang berminat boleh berkunjung ke pusat Hyundai Promise bertempat di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja, dan 9 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu.

Program Hyundai Promise Approved Used Car Programme ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh HSDM dan disokong oleh Sime Darby Auto Selection.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Diimport sepenuhnya (CBU) daripada Ulsan, Korea Selatan, Hyundai Palisade ini boleh didapati dalam…
Berita Domestik
Palisade bakal ditawarkan dalam dua pilihan enjin, di mana versi petrol didatangkan dengan enjin 3.…
Pelancaran
Hyundai Kona Electric kini merupakan pelengkap kepada barisan SUV Kona facelift yang telah pun…