Hyundai-SDM bakal lancar MPV mewah Staria - versi 7 tempat duduk, enjin diesel 2.2 CRDi, 177 PS/431 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors bakal melancarkan MPV mewah tujuh tempat duduk Staria Premium dalam masa terdekat yang disasarkan kepada golongan professional dan keluarga urban yang aktif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Hyundai Staria Premium itu bakal dikuasakan oleh enjin 2.2 liter diesel CRDi yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 177 PS dan daya kilas 431 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
 

Straia


Staria merupakan kenderaan pertama Hyundai yang dibina khas (purpose built vehicle) yang menggambarkan visi masa hadapan mobiliti Hyundai, serta transformasinya untuk menjadi pembekal solusi mobiliti yang pintar.

Rekaan baharu luaran dan dalaman yang dibawakan itu diinspirasikan daripada reka bentuk kapal angkasa, dan dalam masa yang sama masih mampu menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih mewah jika dibandingkan dengan mana-mana MPV di pasaran.
 

Staria


Antara ciri yang dibawakan termasuklah lampu nyalaan siang DRL serta lampu posisi yang melintang penuh bahagian hadapan, rekaan gril radiator yang unik dan lebar, serta unit lampu belakang menegak Parametric Pixel yang menyamai model Ioniq 5.

Dari segi dimensi, Hyundai Staria membawakan ukuran panjang 5,253 mm, lebar 1,997 mm, dan tinggi 1,990 mm dengan jarak antara roda melebihi tiga meter (3,273 mm).
 

Staria


Dalam situasi di mana Staria mampu memuatkan dua atau tiga orang, ruang kargo di belakang mampu memuatkan sehingga 5,000 liter atau saiz yang mampu memuatkan tiga unit palet Euro pada satu-satu masa.

Tempahan awal untuk model Staria Premium kini sudah dibuka, di mana para pelanggan boleh berkunjung ke mana-mana pusat pameran Hyundai yang sah, atau menerusi platform membeli belah dalam talian Cl!ck to Buy di www.hyundai.com/clicktobuy/.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai rujukan, Staria pasaran tempatan digerakkan enjin 2.2 liter CRDi diesel turbo atau 3.5…
Berita Global
Namun, jangkaan awal penulis ternyata salah, kerana ia sebenarnya bukanlah varian baharu atau versi…
Berita Domestik
Selepas pelancaran Staria versi tujuh tempat duduk tahun lepas, pihak HSDM telah banyak mendapat…