Hyundai sasar 30 trak hidrogen Class 8 di US menjelang 2023, bermula bulan depan

oleh Mohamad Hanif|
Ada beberapa syarikat besar yang mahukan trak yang lebih mesra alam sudah pun menempah Tesla Semi akan tetapi mereka berkemungkinan besar perlu menunggu sehingga hujung tahun, itupun kalau segalanya berjalan lancar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengambil kesempatan terhadap kelewatan Tesla, Hyundai Motor Company mensasarkan untuk memperkenalkan trak Class 8 berkuasa hidrogen di Amerika Syarikat bermula bulan depan.

Sasaran awal, mereka mahu sekurang-kurangnya 30 unit trak XCIENT Fuel Cell berada di California menjelang tahun 2023.

 


Trak XCIENT Fuel Cell itu dilancarkan di Switzerland pada tahun lalu dan kini sudah pun mencatat jarak perbatuan melebihi satu juta kilometer sehingga kini.

Untuk pasaran Amerika, Hyundai membawakan model XCIENT Fuel Cell Class 8 dengan konfigurasi 6x4, mampu menarik beban sehingga 37 tan dan berkeupayaan untuk bergerak sejauh 800 km.

Selain itu, Hyundai juga turut membangunkan stesen pengisian bahan api hidrogen berkapasiti tinggi yang terletak di Oakland yang mampu menyokong sehingga 50 buah trak.

Untuk menyokong inisiatif ini, Hyundai turut menerima geran bernilai $22 juta daripada California Air Resources Board dan California Energy Commission, serta tambahan geran bernilai $7 juta daripada Alameda County Transportation Commission, serta Bay Area Air Quality Management District.

 


Setakat ini, Hyundai telah pun mengedarkan kira-kira 46 unit trak sel bahan api hidrogen kepada pelanggan di Eropah, dan merancang untuk meningkatkan jumlah tersebut kepada 1,600 unit menjelang tahun 2025.

Mengikut perkiraan, 46 unit pertama trak hidrogen itu dikatakan berjaya mengurangkan kira-kira 630 tan pelepasan CO2 ke atmosfera.

Baca: Hyundai XCIENT Fuel Cell - trak sel bahan api produksi massa pertama di dunia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…