Hyundai Santa Fe facelift - lebih daripada sekadar facelift!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun kami rasakan baharu sahaja model ini dilancarkan kira-kira dua tahun yang lalu (Malaysia tahun lalu), Hyundai nampaknya telah mula mengacah imej yang memaparkan versi facelift kepada model SUV Hyundai Santa Fe kepada umum.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti kebiasaan model facelift yang membawakan perubahan yang ringkas, Hyundai Santa Fe pula membawakan perubahan yang ketara berdasarkan imej yang dibekalkan.

Antara perubahan yang paling jelas membezakan antara model facelift berbanding model terdahulu adalah rekaan lampu berlapis yang kini menampilkan lampu nyalaan siang LED berbentuk T menegak (lampu Thor Volvo?) serta rekaan gril lebar yang agak berani serta menampakkan corak-corak geometri.

Bukan itu sahaja, Hyundai juga turut menyatakan bahawa Santa Fe facelift ini akan dibangunkan daripada platform serba baharu generasi ketiga - dikatakan lebih ringan dan fleksibel.

Harus diingat, ini bukanlah kali pertama Kia-Hyundai melakukan perkara sedemikian memandangkan sebelum ini Kia juga turut melakukan perkara yang serupa menerusi model Sorento pada tahun 2012.

Ini bermakna, Hyundai Santa Fe merupakan SUV global pertama yang membawakan senibina yang sama digunakan pada model Sonata yang terkini.

Platform tersebut menawarkan beberapa pembaharuan dari segi prestasi, pengendalian serta keselamatan, serta membenarkan Hyundai melengkapkan trenkuasa hibrid dan plug-in hybrid ke dalam model Santa Fe buat kali pertama.

Difahamkan, Santa Fe facelift ini akan mula dijual pada September ini dan segala informasi lanjut hanya akan didedahkan dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu video acah yang dimuatnaik di laman media sosial Facebook, Hyundai bakal membawakan…
Telah Diuji
MPV dikira tidak stylo, nampak terlalu "tua", tidak bergaya dan seolah-olah memberikan imej bahawa…
Pelancaran
Ini kerana di sebalik perubahan yang agak agresif tersebut, Hyundai Santa Fe 2021 sebenarnya…