Hyundai Santa Cruz Night Model, 2.5L turbo 8 kelajuan DCT!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Santa Cruz Night Model
Hyundai Santa Cruz Night Model
Hyundai menawarkan pelbagai model untuk pengguna di Amerika Syarikat. Ada SUV kecil, sederhana dan besar seperti Venue, Tucson dan Palisade.

Model elektrifikasi pun hebat seperti IONIQ 5 dan kereta janaan sel bahan bakar Nexo. Nak model berprestasi pun ada seperti Veloster N, Elantra N dan Kona N.

Lebih lengkap apabila ditawarkan pula pikap Santa Cruz atau dipanggil Sport Adventure Vehicle (SAV) oleh Hyundai.

Dari segi perniagaan, Hyundai mempunyai 820 pengedar dan jualan melebihi 738,000 unit kenderaan pada 2021.

Suatu yang bagus apabila hampir separuh daripadanya dibuat di Alabama, Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Hyundai Santa Cruz 2022
Hyundai Santa Cruz 2022

 

Dengan sejumlah model yang ditawarkan, SAV Santa Cruz tampil unik kerana dibina menggunakan asas SUV Tucson.

Reka bentuk juga menarik, dari depan nampak seperti SUV dan dari tepi baru terserlah gayaan pikap.

Untuk model 2023, Hyundai telah mendedahkan harga terbaru dan turut memperkenalkan Santa Cruz Night Model.

Kepada peminat warna hitam, Santa Cruz Night Model tampil seksi dan menawan.

Secara keseluruhannya ada sembilan varian Santa Cruz dan kesemuanya digerakkan enjin 2.5 liter aspirasi natural dan 2.5 liter turbo.

 

Hyundai Santa Cruz 2022
Hyundai Santa Cruz 2022

 

Transmisi juga ada dua pilihan iaitu lapan kelajuan automatik dengan SHIFTRONIC atau lapan kelajuan dua klac (DCT) dengan SHIFTRONIC. Tiada transmisi manual ditawarkan.

Pacuan pun ada dua iaitu FWD depan atau semua roda (AWD).

Santa Cruz Night Model diambil dari varian SEL Activity AWD yang bermakna digerakkan enjin 2.5 liter turbo dan pacuan semua roda.

Transmisi pula berbeza dan menggunakan DCT berbanding automatik pada Santa Cruz SEL Activity AWD.

Dari segi kedudukan, Santa Cruz Night Model berada pada kedudukan ketiga teratas atau di bawah SEL Premium dan Limited.

 

Hyundai Santa Cruz Night Model

 

Lagi kelengkapan pada SAV ini ialah pedal penukar gear pada stereng, gril krom gelap, bahagian bawah depan dan belakang gelap, cermin sisi dan pembuka pintu hitam kilat.

Roda juga warna hitam dengan saiz 20 dan pemijak tepi jenis terpisah depan dan belakang. 

Hasil keseluruhan menjadikan Santa Cruz Night Model nampak 'seketul' dan jahat!

Berkenaan harga, Santa Cruz 2023 dijual dari $25,450 (RM113,965) untuk model aras mula SE 2.5L FWD dan $40,320 (RM180,552) bagi varian tertinggi Limited 2.5L turbo DCT AWD.

Si cantik Santa Cruz Night Model pula berharga $35,810 (RM160,357).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Santa Cruz Night Model