Hyundai Santa Cruz 2025, depan berketak, papan pemuka baharu, 2.5L N/A dan turbo

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Santa Cruz XRT
Hyundai Santa Cruz XRT
Pikap unibody atau dipanggil oleh Hyundai sebagai Sport Adventure Vehicle (SAV) Santa Cruz diperkenal pada April 2021.

Kini tiba giliran model pertengahan kitaran hidup atau Santa Cruz 2025 dengan gaya depan lebih garang selain perubahan dalaman dan penambahan sistem bantuan pemandu.

Santa Cruz 2025 direka di California dan jelas membawa aura pengguna di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Santa Cruz 2025

 

Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong pada model sebelum ini ditukar kepada menegak dan membangkitkan wajah garang.

Santa Cruz yang merah menyala ialah versi XRT dan menampilkan perkakasan khusus seperti bampar, jeriji, cangkuk tunda dan rim 18 inci ala spana.

Tayar yang digunakan jenis semua permukaan (AT) dan mempunyai sudut pelepasan depan (approach) lebih tinggi.

 

Hyundai Santa Cruz XRT 2025

 

Bahagian dalam dilengkapi Paparan Pandangan Sekeliling dan Paparan Pandangan Titik Buta.

Santa Cruz ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.5 liter naturally-aspirated (N/A) yang menghasilkan 191 kuasa kuda dan tork 245Nm.

Enjin itu dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan. Sebuah lagi enjin ialah 2.5 liter turbo dengan kotak gear cekam berkembar (DCT) jenis basah lapan kelajuan.

 

Hyundai Santa Cruz Limited 2025

 

Model DCT mempunyai pedal penukar gear pada stereng dan mod tunda. Berapa tinggi kuasanya? 281 hp dan 422Nm!

Kedua-dua enjin 2.5 liter ditawarkan bersama pacuan semua roda HTRAC® dengan sistem pembahagian daya kilas aktif di antara gandar depan dan belakang.

Mod Sport lebih lincah dengan menghantar lebih banyak tujahan ke roda belakang. 

Dari segi keupayaan, model 2.5 liter N/A boleh menunda sehingga 1,568 kilogram (kg) manakala 2.5 Turbo AWD sehingga 2,267 kg.

 

Hyundai Santa Cruz XRT 2025

 

Pada bahagian dalam, Santa Cruz menggunakan stereng ala klasik dan papan pemuka baharu yang nampak kemas dan seperti model Hyundai terbaru lain.

Panel melengkung menempatkan skrin 12.3 inci untuk pemandu dan pilihan skrin sistem audio-video navigasi (AVN) juga dalam ukuran sama.

Pusat kawalan mempunyai tambahan suis fizikal untuk fungsi audio dan HVAC yang kerap digunakan. 

 

Hyundai Santa Cruz Limited 2025

 

Lagi perkakasan baharu seperti corong penyaman udara dan kerusi belakang dengan perehat tangan yang mempunyai dua pemegang cawan.

Dari segi teknologi, Hyundai melengkapi Santa Cruz dengan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay® dan Android Auto.

Lagi kelengkapan seperti Sistem Memori Bersepadu, Digital Key 2 Touch, Pengimbas Cap Jari, kemas kini OTA, Bluelink+ Connected Car dan sistem pembayaran Hyundai Pay in-car.

 

Hyundai Santa Cruz Limited 2025.

 

Teknologi keselamatan yang baru dilengkapi ialah Forward Attention Warning (FAW).

Dua warna baharu ditawarkan kepada pelanggan iaitu Rockwood Green dan Canyon Red dan dalaman Medium Gray untuk kerusi.

Santa Cruz 2025 bakal tiba di pengedar di Amerika Syarikat pada musim panas depan (Jun - September).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Santa Cruz XRT 2025

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hyundai Santa Cruz 2022   Dengan sejumlah model yang ditawarkan, SAV Santa Cruz tampil unik…
Berita Global
Kehadiran dua model ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan, di mana Ford sendiri…
Berita Global
Hyundai baru-baru ini mengumumkan senarai harga jualan bagi model trak pikap kompaknya, Santa Cruz…