Hyundai Santa Cruz 2022 - crossover Tucson dengan keupayaan trak pikap!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama penantian, akhirnya Hyundai secara rasmi memperkenalkan model crossover trak pikap terbaharu mereka, Hyundai Santa Cruz 2022 di bawah kategori yang digelarkan sebagai "Sport Adventure Vehicle".
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kenapa kami katakan crossover trak pikap?

Ini kerana Hyundai Santa Cruz menggunakan asas daripada SUV Hyundai Tucson yang diberikan tambahan bed kargo di bahagian belakang, serta keupayaan yang hampir menyamai mana-mana trak pikap yang ada di pasaran.

 


Dari segi dimensi, Hyundai Santa Cruz memiliki ukuran sepanjang 4,971 mm, lebar 1,905 mm, tinggi 1,694 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,005 mm dan jika dibandingkan dengan Hyundai Tucson baharu, Hyundai Santa Cruz memiliki kelebihan jarak antara roda sepanjang 249 mm.

Dan tidak seperti trak pikap konvensional, Hyundai Santa Cruz memiliki dimensi panjang bed belakang 1,323 mm sahaja, namun ia sudah cukup untuk memuatkan barangan keperluan dan lebih penting lebih memudahkan pengendalian terutama pemanduan dalam bandar dan parkir.

Untuk memastikan barangan selamat, Santa Cruz datang dengan tonneau cover yang boleh dikunci dan ruang simpanan tambahan yang tersembunyi.

 


Dari segi kuasa, Santa Cruz datang dengan dua pilihan enjin 2.5 liter, iaitu nadi aspirasi natural yang menghasilkan 190 kuasa kuda dan 244 Nm serta padanan transmisi automatik lapan kelajuan, manakala pilihan enjin 2.5 liter turbo pula berupaya menghasilkan 275 hp dan 420 Nm, serta transmisi klac berkembar dan paddle shifter.

Walaupun secara asasnya Hyundai Santa Cruz dibangunkan daripada platform pacuan roda hadapan, Santa Cruz secara standardnya datang dengan sistem pacuan semua roda HTRAC dengan kebolehan untuk menyalurkan lebih daya kilas kepada gandar belakang.

Bukan itu sahaja, Hyundai Santa Cruz turut memiliki keupayaan menunda yang cukup baik, di mana versi NA mampu menunda sehingga 1,588 kg manakala versi turbo pula berupaya menunda beban seberat 2,268 kg!

 


Ruang kabin Santa Cruz hampir menyamai apa yang ditawarkan pada model Tucson melainkan terdapat kehadiran tuil gear di bahagian konsol tengah.

Terdapat skrin infotainmen bersaiz 10 inci, paparan meter kluster instrumen digital 10 inci, sistem bunyi Bose, tempat duduk balutan kulit, karpet plush, serta storan bawah tempat duduk yang menjadikan Santa Cruz sangat praktikal untuk kegunaan seharian.

Ciri keselamatan turut diberikan keutamaan seperti contoh pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan kekal laluan, amaran titik buta, kamera titik buta, bantuan keluar dengan selamat, amaran lintasan trafik belakang serta sistem amaran tumpuan pemandu menjadi ciri standard.

 


Hyundai Santa Cruz akan dibina di kilang Alabama bersama-sama Hyundai Tucson bermula Jun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Global
Hyundai Santa Cruz 2022   Dengan sejumlah model yang ditawarkan, SAV Santa Cruz tampil unik…
Berita Global
Kehadiran dua model ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan, di mana Ford sendiri…