Hyundai RM20e, pacuan belakang tork 960 Nm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai RM20e Racing Midship Sports Car
Hyundai RM20e Racing Midship Sports Car
Kuasa tork pada kereta elektrik itu benar. Lihat RM20e Racing Midship Sports Car keluaran Hyundai yang dipertonton pada Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2020. 

Kuasa kereta elektrik itu mencecah 596 kW (810 hp) dengan tork 960 Nm!

Nama RM merujuk kepada model prototaip N Racing Midship pacuan belakang, rangkaian kuasa di tengah kereta.

Platform RM ini berfungsi sebagai makmal bergerak untuk Hyundai menguji teknologi prestasi tinggi.

Sejarah RM telah berlangsung lama. Pada tahun 2012 Hyundai memulakan projek RM dan sejak itu telah membangunkan pelbagai siri seperti RM14, RM15, RM16 dan RM19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
RM20e Racing Midship Sports Car

 

Pada tahun 2019, kereta lumba elektrik pertama Hyundai iaitu Veloster N eTCR dibangunkan untuk siri perlumbaan kereta penumpang elektrik eTCR. 

Model-model RM telah melalui ujian ekstensif termasuk menambah baik teknologi untuk digunakan pada model N masa depan.

Dengan prestasi yang begitu tinggi, RM20e dijangka mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j di bawah tiga saat manakala pecutan ke 200 km/j memerlukan 9.88 saat.

 

RM20e Racing Midship Sports Car

 

Motor elektrik RM20e diletakkan pada bahagian tengah kereta dengan pacuan roda belakang bagi mendapatkan cengkaman yang diperlukan untuk tahap pecutan tersebut.

Berikut ialah di antara ciri-ciri Hyundai RM20e:

  • Badan diasaskan dari model coupe dua pintu Veloster N
  • Motor 800V
  • Brek depan enam omboh, empat omboh belakang
  • Ukuran: 4319mm (panjang) x 1945mm (lebar) x 1354 (tinggi), 2672mm (jarak roda)
  • Kerusi sport Sabelt®, tali pinggang keledar enam sudut 
  • Tayar depan 265/35R19, belakang 305/30R20
  • Roda one piece aloi aluminium forged 19” X 10” (depan), 20” X 11” (belakang)

Hyundai baru-baru ini membuat pelaburan dan memeterai kerjasama strategik dengan Rimac Automobili dan platform elektrifikasi RM akan terus berevolusi dengan perkembangan kerjasama tersebut.

 

Hyundai RM20e Racing Midship Sports Car

 

Satu lagi perkara yang perlu dikongsi ialah huruf N pada Hyundai N merujuk kepada pusat penyelidikan dan pembangunan global Hyundai di Namyang, Korea.

N juga merujuk kepada Nürburgring iaitu lokasi Pusat Ujian Eropah Hyundai. Logo N pula adalah simbol kepada jalan raya dengan bentuk zig-zag (chicane).

Penulis: Muhammad Md Tajudin