Hyundai RM19 - prototaip jentera lumba konfigurasi midship

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Motor Company baru-baru ini telah memperlihatkan secara rasmi prototaip jentera lumba RM19 pada acara AutoMobility LA 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

RM membawa maksud 'Racing Midship' merujuk kepada konfigurasi jentera yang berenjin di bahagian tengah dan mampu menawarkan tahap pengendalian setanding supercar dan ketangkasan yang tiada tandingan pada semua tahap kelajuan dan kondisi jalan.

Projek RM bermula pada tahun 2012 bertujuan untuk membangunkan teknologi sukan permotoran berprestasi tinggi untuk model N pada masa akan datang. 

 


Semenjak bermulanya siri RM (RM14, RM15, dan RM16), kesemua model yang disebutkan ini telah menjalani ujian yang ekstensif untuk menilai teknologi yang baharu dibangunkan, kesan kepada prestasi serta menambah baik untuk diaplikasikan pada model-model di bawah divisyen N. 

Hyundai RM19 menampilkan enjin 2.0 liter turbo suntikan terus yang mampu menjana 390 kuasa kuda, digandingkan dengan transmisi sequential enam nisbah kelajuan dan dengan keupayaan pecutan 0-100 bawah empat saat serta kelajuan tertinggi 250 km/j. 

Aspek pengendalian dibantu oleh penggunaan suspensi MacPherson hadapan dan Double-Wishbone di bahagian belakang, manakala penyerap hentak pula menggunakan jenis tekanan gas konvensional. 
 


Sistem pemberhentian menggunakan brek enam omboh di hadapan dan empat omboh di belakang, manakala sistem ABS pula menggunakan komponen Motorsport ABS M5 dari Bosch yang tidak sesuai digunakan untuk jalan raya awam.

Memandangkan Hyundai juga kini merupakan antara peneraju di dalam menghasilkan kenderaan berpropulsi elektrik (termasuk HEV, PHEV, BEV, dan sel bahan api), tidak mustahil trenkuasa elektrik akan turut diaplikasikan pada RM19 untuk prestasi yang lebih mengkagumkan. 

Apatah lagi baru-baru ini Hyundai telah menjalinkan kerjasama dengan Rimac Automobili bagi membangunkan kederaan elektrik dan sel bahan api berprestasi tinggi pada masa akan datang.
 


Setiap kenderaan Hyundai yang menyertai ujian ketahanan di Litar Nurburgring perlu membuat pusingan sehingga 480 kali di dalam keadaan basah dan kering sebagai simulasi pemanduan 160 ribu kilometer dalam masa yang singkat - empat minggu. 

Nurburgring kini merupakan pusat di mana Hyundai menguji dan menambah baik aspek yang diuji pada jentera Hyundai N, setelah fasa pembangunan dijalankan di pusat R&D Hyundai yang terletak di Namyang, Korea. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Hyundai memperkenalkan model konsep RM19 Racing Midship pada acara AutoMobility LA 2019…