Hyundai Racing Midship, 2.0L turbo berkuasa 390hp!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai sekarang bukan seperti dahulu. Syarikat Korea Selatan itu banyak melabur dalam dunia permotoran dan sudah mempunyai divisyen khusus yang mengeluarkan model berprestasi. 

Hasilnya boleh dilihat pada program perlumbaan touring, rali dan model berprestasi N.

Kemuncak dalam dunia permotoran apabila Hyundai buat kali pertama menjulang kejayaan kategori pengeluar di Kejohanan Rali Dunia (WRC) 2019 baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai RM

 

Terbaru Hyundai memperkenalkan model konsep RM19 Racing Midship pada acara AutoMobility LA 2019.

RM merujuk kepada Racing Midship iaitu program yang dimulakan pada 2012 bagi membangunkan model prestasi N berdasarkan teknologi permotoran untuk masa depan.

RM19 adalah siri terbaru selepas RM14, RM15 dan RM16. Model RM menjalani ujian jalanan secara ekstensif bagi validasi teknologi yang baru dibangunkan di samping pemerhatian terhadap kesan pada prestasi dan penambahbaikan untuk digunakan pada model N akan datang.

 

Hyundai RM19

 

Secara ringkasnya, model RM adalah kenderaan ujian pembangunan untuk model Hyundai N pada masa depan. Hyundai N pula bukan calang-calang,  Albert Biermann yang dahulunya ketua BMW M kini Ketua Penyelidikan Global dan Pembangunan untuk Hyundai Motor Company.

RM19 dilengkapi enjin 2.0 liter turbo paling berkuasa dengan teknologi suntikan terus yang pertama seumpamanya. Enjin itu berkuasa 390 hp dengan jangkaan pecutan 0 hingga 97 km/j di bawah empat saat.

Enjin yang digunakan sebenarnya berkongsi dengan enjin 2.0 liter turbo kereta lumba TCR dari pembangunan Hyundai N.

Cuma satu perkara ialah, enjin RM19 lebih berkuasa tanpa BOP (Balance of Performance) yang dikenakan untuk kereta TCR.

 

Hyundai RM

 

RM19 menawarkan prestasi, keseimbangan, pembrekan dan cengkaman seperti kereta lumba dan masa yang sama mengekalkan keupayaan jalanan.

Pengguna di Eropah dan Amerika Syarikat sudah ditawarkan dengan model berprestasi seperti i30 N dan Veloster N tinggal lagi belum ditawarkan di negara ASEAN.

Tertanya juga apa rasanya memandu model N tersebut jika dibandingkan dengan model berprestasi Jepun dan Eropah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai RM19