Hyundai pindah ke Indonesia? Ini sebabnya.

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita pemindahan pusat latihan teknikal serantau Hyundai ke Indonesia menjadi isu panas kerana ia dikaitkan dengan kelemahan pihak kerajaan dalam menarik pelaburan asing.

Baru-baru ini  Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah membidas komen yang serupa dari media The Straits Times (Singapura) yang menyindir kononnya Malaysia bukan lagi lokasi menarik untuk pelabur asing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MIDA berkata pasaran ASEAN menjadi tumpuan Hyundai sebagai pasaran baharu untuk menggantikan China. Ini diumumkan oleh Hyundai awal tahun lalu di mana ia mahu bertumpu ke pasaran Asean selepas gagal di bekas negara komunis itu.

Ibu pejabat Hyundai untuk wilayah Asia Pasifik yang dahulunya terletak di Malaysia telah diklasifikasikan sebagai hab yang tidak lengkap kerana ia tidak ada kilang pengeluaran di Malaysia.

Hyundai hanya menggunakan khidmat kontrak Inokom untuk memasang beberapa model kenderaannya bagi pasaran Malaysia.

Jualan tempatan Hyundai juga tidak cukup kukuh untuk membenarkan jenama itu membuka kilangnya sendiri.

Oleh itu, adalah lebih praktikal untuk Hyundai memindahkan hab serantaunya dari Malaysia ke Indonesia kerana ia sedang membina kilang pengeluaran yang besar di sana untuk memenuhi pasaran Indonesia yang jauh lebih besar.

Walaupun jualan kenderaan di Indonesia untuk tahun 2020 jatuh 46.1 peratus berbanding dengan tahun 2019 (582,298 unit berbanding dengan 1,079,474 unit), pasaran Indonesia dijangka akan pulih dan menjadi kuasa ekonomi baharu kerana kebangkitan kuasa pembeli yang kuat.

* Laporan penuh dari Malaysia Gazette

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Lim Bee Vian berkata pihaknya telah meluluskan sebanyak 26…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman, inisiatif MIDA ini memberikan…
Berita Domestik
Kilang itu akan mempunyai had pengeluaran sebanyak 50,000 tan setahun dan ia adakah kilang…