Hyundai perlihat konsep one-off Pony EV

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Pony merupakan antara model kenderaan terawal yang dihasilkan oleh pengeluar dari Korea Selatan daripada era 1970-an, dan ia antara model kereta yang turut menerima sentuhan terus daripada Giorgio Giugiario.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selama dua generasi yang dihasilkan daripada tahun 1975 sehingga tahun 1990, Hyundai Pony dikuasakan oleh unit enjin yang disumberkan oleh Mitsubishi, dan ia juga turut hadir dalam pelbagai jenis rekaan badan seperti sedan, hatchback tiga pintu dan tidak ketinggalan trak pikap ute dua pintu!

 


Rekaan Hyundai Pony sememangnya merupakan satu peninggalan bersejarah buat Hyundai, sehinggakan ia turut menjadi inspirasi kepada model konsep Hyundai 45 yang kemudiannya menjadi asas kepada rekaan EV Hyundai Ioniq 5.

Dalam diam, Hyundai juga sebenarnya turut membangunkan model konsep one-off yang menggunakan kembali rekaan asal Hyundai Pony namun dilengkapi dengan trenkuasa elektrik dan sentuhan yang lebih moden.

 


Selain daripada rekaan asal yang retro itu, Hyundai telah membawakan beberapa perubahan seperti lampu utama yang lebih moden, sementara lampu belakang LED pula mempunyai persamaan rekaan piksel yang boleh didapati pada model Ioniq 5.

Unit 'cermin sisi' yang bertenggek pada fender hadapan itu sebenarnya merupakan unit kamera sisi, sementara keempat-empat ruang arca roda dipasangkan dengan rim bertemakan retro.

 


Sementara bahagian ruang kabin Pony EV ini menampilkan rekaan yang lebih impresif dengan penggunaan bahan yang lebih premium seperti kulit dan aluminium, sementara papan pemuka pula menempatkan 'panel instrumen' yang terdiri daripada tiub vakum bercahaya.

Tiada sebarang informasi didedahkan berhubung trenkuasa elektrik yang dimuatkan pada Pony EV ini.

 


Model konsep one-off ini diberitakan akan dipamerkan di Hyundai Motorstudio Busan sehingga 27 Jun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
VF Wild merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran panjang 5,324 mm dan lebar 1,997…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…