Hyundai perlihat Elantra 2024 facelift untuk pasaran Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu kereta sedan Korea yang sampai sekarang masih belum sempat kami pandu uji, iaitu Hyundai Elantra kini sudah pun mendapat versi facelift di Korea Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikenali sebagai Avante di pasaran tersebut, Hyundai Elantra kini membawakan kemaskini pertengahan kitaran dengan beberapa perubahan bersifat kosmetik.
 

elanbtra


Berbanding model terdahulu, Elantra facelift membawakan reka bentuk lampu utama yang lebih nipis, sementara struktur jeriji pula telah dibahagian kepada dua, menjadikan sedan ini tampak lebih garang dan sporti.

Di bahagian belakang, perubahan yang dibawakan adalah bersifat minima, di mana bampar kini membawakan struktur diffuser palsu diikuti dengan penambahan elemen warna perak berbentuk U yang agak besar.
 

sage green


Sementara ruang kabin pula bakal mendapat warna trim baharu iaitu Sage Green yang diikuti dengan penggunaan bahan yang lebih mesra alam.

Setakat ini, Hyundai masih lagi belum mendedahkan butiran spesifikasi yang terperinci bagi sedan Elantra 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model crossover EV tersebut mendapat kelebihan daripada kemas kini luaran dan dalaman, pek bateri…
Berita Global
Akhbar rasmi Pyongyang, Korean Central News Agency melaporkan Kim telah dihadiahkan sebuah kereta…
Berita Global
Menurut data daripada penyelidik yang berpangkalan di Seoul, Carisyou dan Kementerian Perdagangan…