Hyundai Palisade N - jangan tertipu!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Palisade merupakan crossover bersaiz pertengahan dan merupakan antara kenderaan terbesar di dalam ahli keluarga Hyundai pada ketika ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi luaran, ia menampilkan rekaan yang agak stailo, selain menawarkan ciri-ciri terkini yang mampu menandingi pesaing-pesaing di dalam kelasnya.

 


Namun, beberapa hari yang lalu (April Fool), Hyundai telah menerbitkan imej rendering yang memaparkan dua buah crossover yang diberikan sentuhan sporti N, iaitu Palisade N dan juga Nexo N.

Adakah Hyundai akan mengikut jejak langkah AMG yang telah pun menawarkan barisan SUV pantas? Tidak diketahui lagi buat masa ini, namun sentuhan N terhadap Palisade ini sememangnya mampu membuatkan orang lain menoleh.

 

 


Ikut spesifikasi asal, Hyundai Palisade didatangkan dengan nadi V6, namun untuk menjadikan ia sama paras dengan SUV AMG, nadi V8 Tau 5.0 liter (419 hp) harus diimplankan ke dalam Palisade N.

Sistem suspensi juga turut direndahkan bagi menampakkan stance yang lebih sporti, serta pemakaian kit badan di sekeliling dan rim yang lebih besar untuk menaikkan lagi seri SUV pantas daripada Hyundai.

 


Selain daripada itu, terdapat juga Hyundai Nexo N, namun kami kurang pasti bagaimana pendekatan Hyundai terhadap crossover yang didatangkan dengan trenkuasa hidrogen elektrik ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, Hyundai N bekerjasama dengan pengeluar rim Dymag serta pakar bahan komposit Hankuk…
Berita Global
Dari segi kuasa, Hyundai Ioniq 5 N membawakan konfigurasi dua motor elektrik, dengan jumlah kuasa…
Berita Global
Rupa sebenar Ioniq 5 N masih lagi berjaya disembunyikan disebalik pelekat samaran, namun Hyundai…