Hyundai Palisade, Kona facelift sah masuk Malaysia tahun ini!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Sime-Darby Motors (HSDM) selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Hyundai di Malaysia sah akan membawa masuk dua buah model baharu pada tahun ini, iaitu Hyundai Palisade dan Hyundai Kona facelift.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, Hyundai Palisade merupakan SUV premium saiz pertengahan yang mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 2018, sekaligus menjadi model Hyundai yang terbesar pernah dihasilkan.

SUV tujuh tempat duduk itu menawarkan ruang kabin yang sangat luas, dan dikuasakan oleh nadi V6 3.8 liter kitaran Atkinson yang mampu menghasilkan 291 kuasa kuda dan 355 Nm @ 5,000 rpm.

Antara ciri moden yang dimuatkan pada Palisade termasuklah paparan Head-up (HUD), skrin paparan TFT berwarna penuh, serta ciri ventilasi bumbung yang inovatif bagi menyalurkan udara sejuk kepada penumpang belakang yang menawarkan operasi yang lebih senyap, tiada gangguan seretan udara, serta pengagihan udara sejuk yang lebih seragam, atau tertumpu bergantung kepada tetapan.

Baca: Spesifikasi Hyundai Palisade (Indonesia)

 


Selain daripada itu, Hyundai juga turut membawakan versi facelift Kona 2021 walaupun versi pra-facelift baharu sahaja dilancarkan pada tahun lalu.

Antara ciri utama pada Kona facelift adalah enjin baharu Smartstream G2.0  kitaran Atkinson menghasilkan 149 PS dan 180 Nm yang menawarkan prestasi yang lebih dinamik, pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.

Bahagian luaran Hyundai Kona facelift ini nyata lebih agresif sebagai sebahagian daripada tema rekaan global Sensuous Sportiness, berbanding versi pra-facelift yang dibawakan pada tahun lalu.

Baca: Spesifikasi Hyundai Kona Facelift 2021 (global)

Menurut Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM turut menyebut terdapat beberapa model baharu yang sedang dirancang pelancarannya oleh HSDM pada tahun ini menyusuli pelancaran kedua-dua buah model Palisade dan Kona facelift yang disebutkan tadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi masa terhad ini menawarkan kereta-kereta Hyundai seperti Hyundai Elantra, serta Hyundai…
Berita Domestik
Menurut Hyundai, kesemua model yang disebutkan perlulah memiliki jaminan pengeluar yang telah luput…
Berita Domestik
Fasiliti yang dibuka pada tahun 2015 tersebut bukan sahaja menempatkan Akademi Latihan Hyundai yang…