Hyundai Palisade 2022 - empat varian, pilihan enjin 3.8 liter V6, diesel 2.2 liter, harga dari RM329k

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors akhirnya secara rasmi melancarkan SUV saiz penuh Hyundai Palisade 2022 untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diimport sepenuhnya (CBU) daripada Ulsan, Korea Selatan, Hyundai Palisade ini boleh didapati dalam dua pilihan enjin.

Versi petrol didatangkan dengan enjin Lambda II GDI bentangan V6 3.8 liter yang berupaya menjana 295 PS dan 355 Nm dengan sistem pacuan roda depan, sementara versi diesel pula hadir dengan enjin empat silinder sebaris R2.2 CRDi dengan output 200 PS dan 440 Nm, serta sistem pacuan 4WD Active-on-Demand.
 

Palisade


Varian petrol didatangkan dengan mod pemanduan Smart, Sport, Eco dan Comfort, sementara varian diesel dengan sistem pacuan empat roda pula didatangkan dengan mod pemanduan tambahan seperti Snow, Mud dan juga Sand.

Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan dengan teknologi Shift-by-Wire.

Dari segi dimensi, Palisade membawakan ukuran sepanjang 4,980 mm, lebar 1,975 mm, tinggi 1,750 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,900 mm.
 

Palisade


Sistem gantungan pula terdiri daripada MacPherson di depan, diikuti dengan sistem multi-link di bahagian belakang.

Secara standard, kesemua varian Palisade didatangkan dengan unit lampu utama LED  jenis terpisah, unit DRL LED, lampu kombinasi belakang LED, rim aloi bersaiz 20 inci, tayar 245/50 R20, tayar simpanan saiz penuh, rak bumbung, serta cermin sisi berkuasa elektrik dengan fungsi lampu lopak dan pemanas.
 

Palisade


Untuk ruang kabin pula, pembeli boleh mendapatkan sehingga tiga warna upholsteri (kulit hitam, kulit Nappa Burgundy, kulit Nappa warm Grey), skrin infotainmen lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, paparan head-up, skrin kluster intrumen TFT tujuh inci, tempat duduk larasan 12 cara (8 untuk penumpang depan), serta ciri pemanasan dan penyejukan termasuk untuk kerusi baris kedua (varian 8 tempat duduk dapat ciri pemanasan sahaja).

Untuk keselesaan, ruang depan didatangkan dengan unit pendingin hawa dua zon automatik, diikuti dengan kawalan pendingin hawa berasingan zon tunggal automatik di baris kedua, corong pendingin hawa tambahan di baris kedua dan ketiga, ciri One Touch pada kerusi baris kedua untuk memudahkan urusan keluar masuk dari baris ketiga, serta ruang kargo sebesar 311 liter (704 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat rata).

Terdapat sehingga empat outlet kuasa di dalam kabin, serta tidak ketinggalan sehingga tujuh port USB disediakan untuk kemudahan pengecasan peranti pintar, dan slot pengecasan nirwayar di dalam konsol tengah.
 

Palisade


Secara standard, kesemua varian lengkap dengan enam beg udara, ABS, ESC, EBD, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Bantuan Menurun Cerun, Bantuan Kestabilan Trailer (TSA), ISOFIX (x3), Amaran Penumpang Belakang dengan penderia, amaran keluar dengan selamat, kawalan jelajah, amaran pelanggaran titik buta, dan amaran lintasan trafik belakang.

Sementara varian petrol 3.8 liter pula mendapat kelengkapan Hyundai SmartSense yang cukup lengkap seperti:

  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)
  • Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
  • Bantuan Mengikut Lorong (LFA)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA)
  • Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)
  • Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)
  • Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LVDA)

 

palisade


Harga jualan adalah seperti berikut:

Hyundai Palisade 3.8GDI Luxe 7 - RM358,888
Hyundai Palisade 3.8GDI Luxe 8 - RM338,888
Hyundai Palisade 2.2CRDI Executive 7 - RM348,888
Hyundai Palisade 2.2CRDI Executive 8 - RM328,888

Sama seperti Staria, pihak HSDM turut menawarkan program penyesuaian untuk para pembeli Palisade, di mana tempoh menunggu adalah sehingga enam bulan.

Sebagai makluman, 10 unit awalan telah dibawa masuk oleh Hyundai -SDM, dan tidak mengejutkan apabila beberapa unit SUV ini telah pun ditempah.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…