Anugerah ini memilih kenderaan yang mampu memuatkan sebuah keluarga tidak kira apa jua saiz dan dalam masa yang sama masih lagi mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan pada julat harga di bawah $40,000 (RM162,840).
Anugerah tahunan CarBuzz Awards ini memfokuskan kepada pencapaian automotif bagi kenderaan baharu pada tahun lalu, dan ia dipilih berdasarkan bagaimana pelanggan membeli kenderaan mengikut kategori yang dipertandingkan, dan bukan berdasarkan segmentasi dan bentuk badan.