Hyundai nafi beri lampu hijau untuk produksi N Vision 74

oleh Mohamad Hanif|
Baru sahaja diberikan 'nafas baharu', hayat Pony Coupe nampaknya tidak begitu panjang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana satu laporan terbaharu mendedahkan penafian Hyundai untuk menghasilkan kereta sports berasaskan model konsep N Vision 74 yang bakal diperlihatkan pada acara 'Pony Day' penghujung bulan ini.

Menurut laman Wikitree, Hyundai menjelaskan bahawa tiada sebarang perancangan untuk menghasilkan Pony Coupe secara besar-besaran, dan tiada pun acara 'Pony Day' yang dirancang, sekaligus mengenepikan kebenaran berita awal yang dibawakan oleh laman Money Today, tempoh hari.
 

N Vision


Hyundai N Vision 74 muncul pada tahun lepas yang mengambil inspirasi daripada model konsep Hyundai Pony Coupe tahun 1974, dan digunakan sebagai model untuk memperlihatkan kemajuan teknologi yang ada pada Hyundai pada ketika ini.

Rekaannya yang retro-futuristik itu berjaya menarik perhatian umum sehinggakan model tersebut mula memenangi beberapa anugerah rekaan berprestij.

Biarpun kereta sports berkuasa hidrogen ini tidak akan diproduksikan, Hyundai sebelum ini pernah mengumumkan perancangan untuk membaiki semula model asal Pony Coupe yang dijangka siap pada musim bunga tahun ini.

Baca: Hyundai N Vision 74

Sumber: Wikitree

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…