Satu persamaan yang ketara, rekaan kedua-dua model DMC-12 dan Pony Coupe 1874 sebenarnya datang dari individu lagenda Giorgetto Giugiaro.

Menariknya, N Vision 74 merupakan sebuah kereta sports konsep bernadikan trenkuasa hidrogren hibrid, menggandingkan sistem elektrik bateri dan sel bahan api hidrogen yang dibantu dengan sistem penyejukan yang serba efektif.
Menurut Hyundai, sistem trenkuasa elektrik bateri itu menampilkan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 670 hp dan daya kilas 900 Nm yang mampu mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

N Vision 74 mampu mencapai jarak operasi sejauh 600 km, terima kasih kepada penggunaan pek bateri 62.4 kWh, sokongan pengecasan pantas 800V dan tangki hidrogen yang boleh diisi penuh dalam tempoh lima minit sahaja.
Selain daripada itu, ia juga dilihat mampu menawarkan dua sistem pemanduan yang berbeza bergantung kepada kondisi semasa, seperti contoh untuk pemanduan drift yang lebih menyeronokkan di selekoh-selekoh.

Rekaan luaran N Vision 74 banyak menggunakan pendekatan reka bentuk asal yang disulami dengan elemen moden seperti lampu Parametric Pixel, diikuti dengan ruang kabin dengan kokpit berorientasikan pemandu di mana ia menggandingkan kluster instrumen digital dengan butang analog olskool.