Untuk itu, Hyundai N bekerjasama dengan pengeluar rim Dymag serta pakar bahan komposit Hankuk Carbon untuk membangunkan set rim ringan khas yang diperbuat daripada bahan gentian karbon.
Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini (baca di SINI), roda Dymag ini menampilkan binaan hibrid dengan menggandingkan bingkai luaran gentian karbon dengan binaan tengah logam tempa.
Binaan hibrid ini membolehkan rim tersebut 40-50 peratus lebih ringan berbanding roda aloi standard biarpun bersaiz serupa.
Selain binaan yang ringan, roda tersebut lebih tegar dan tahan lama di samping mampu mengurangkan kesan inersia bergolek.
Prototaip rim 21 inci tersebut ada dipamerkan pada acara Goodwood Festival of Speed tempoh hari.
Bukan itu sahaja, Hyundai N juga turut merancang untuk membangunkan rim dengan pelbagai pilihan saiz, bermula dari 18 hingga 23, sementara rim 24 hingga 25 inci dijangka akan muncul pada tahun ini.
Cuma yang menjadi masalah, berapa pula harga yang Hyundai mahu letakkan pada opsyen rim karbon ini? Adakah ia satu pelaburan yang berbaloi?