Hyundai mulakan teksi pandu sendiri bulan hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|
Hyundai nampaknya terus bergerak maju dengan memperkenalkan perkhidmatan teksi autonomi (pandu sendiri) di Irvine, California.

Sebanyak 10 unit Kona EV dengan kebolehan autonomi akan digunakan. Perkhidmatan itu dibantu dengan syrikat Pony.ai dan penyedia perkhidmatan mobiliti Via.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun SUV elektrik itu mempunyai kebolehan untuk memandu sendiri, dua kakitangan Hyundai akan berada di dalam kenderaan itu untuk mengambil alih sekiranya ada kecemasan.

Perkhidmatan BotRide itu akan bermula secara rasmi pada 4 November nanti.

Hyundai mempunyai rancangan untuk melabur sebanyak US$35 bilion dalam teknologi autonomi dan pelbagai teknologi lain menjelang 2025.

Selagi sistem kenderaan autonomi tidak diuji di bandar-bandar seperti Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh dan Kuala Lumpur, penulis rasanya tidak yakin ia boleh dilancarkan di sini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…