Hyundai mula bina kilang EV di Singapura, kapasiti 30 ribu unit setahun!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Dyson sudah pun menarik diri daripada bertapak di negara jiran, Hyundai pula dilaporkan sudah memulakan kerja-kerja membangunkan pusat inovasi berkeluasan 28 ribu meter persegi terletak di Jurong Innovation District, Singapura.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Today Online, fasiliti baharu Hyundai itu juga bakal menempatkan kilang pemasangan kenderaa elektrik, serta pusat penyelidikan dan pembangunan bagi teknologi automotif.

Hyundai memilih Singapura - yang tidak mempunyai sebarang industri penghasilan kereta - disebabkan polisi negara republik itu yang mahukan kesemua kenderaan menggunakan tenaga yang lebih bersih menjelang 2040.

Fasiliti Hyundai Motor Group Innovation Centre (HMGICS) akan menelan belanja sekitar $400 juta dengan sasaran penghasilan 30,000 unit kenderaan setiap tahun menjelang tahun 2025, dan dijangka siap menjelang akhir tahun 2022.

Daripada 30,000 unit kenderaan yang dihasilkan, Hyundai memperuntukkan 5,000-6,000 unit untuk pasaran Singapura dan selebihnya akan dieksport ke pasaran berhampiran.

Menurut Hyundai lagi, bangunan baharu itu turut mempunyai sebuah litar ujian yang terletak di atas fasiliti yang digelar sebagai sky track membolehkan para pelanggan memandu uji kenderaan mereka.

Sumber: Today Online

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sasaran itu bakal dicapai melalui gabungan jualan model elektrik Hyundai Motor, Kia dan Genesis…
Berita Global
  Selepas kereta berhenti, ACR berkomunikasi dengan IONIQ 6 untuk membuka pelindung slot…
Berita Global
  Berikut adalah ciri-ciri asas robot Hyundai: Pergerakan secara autonomi menggunakan Light…