Hyundai Motorsport uji jentera rali i20 N untuk WRC 2022

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun perlumbaan World Rally Championship musim 2022 masih lagi jauh di hadapan, ia bukanlah penghalang bagi Hyundai Motorsport untuk menguji keberkesanan jentera rali yang bakal dikuasakan oleh enjin hibrid berdasarkan regulasi terbaharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera lumba yang bakal digunakan oleh Hyundai adalah berdasarkan i20 N versi jalanan dan dalam ujian awal ini ia akan digunakan untuk meneliti kekuatan dan kelemahan yang ada pada casis hatchback itu.

Pihak Hyundai juga sedang akan menguji jentera ini di beberapa lokasi di seluruh Eropah untuk menilai prestasi dalam pelbagai jenis kondisi muka bumi dan cuaca.

 


Menurut prinsipal pasukan Hyundai Motorsport Andrew Adamo berkata, "ia merupakan satu momen yang istimewa bila mana anda dapat membawa kereta baharu untuk diuji buat pertama kali, dan sudah pasti ada cabaran yang tersendiri.

"Untuk musim 2022 dengan peraturan teknikal serba baharu, kami bermula dari kertas kosong menggunakan konsep dan model asas serba baharu, Hyundai i20 N.

"Sesi minggu lalu, kami telah menyaksikan perkara yang sangat menarik, setengah daripadanya perlu diubah dan diperbaiki namun itu semua adalah sebahagian daripada proses penilaian. Pasukan Hyundai Motorsport telah berjaya melakukan kerja yang sungguh menakjubkan!"

 


Bermula tahun hadapan, jentera rali WRC bakal menggunakan trenkuasa empat silinder sebaris 1.6 liter turbo yang dipadankan dengan motor elektrik (134 hp/180 Nm), serta pek bateri 3.9 kWh yang terlindung di dalam perumah gentian karbon tertutup.

Selain Hyundai, Toyota dan M-Sport Ford juga turut komited untuk mewarnai musim WRC 2022.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Memperkenalkan, Ford Puma Rally1 di mana crossover ini akan menggantikan peranan yang ditinggalkan…