Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan produk, malah ia menandakan langkah serius Hyundai untuk memantapkan kehadiran mereka di Malaysia menerusi pendekatan lebih langsung yang fokus kepada pengalaman pelanggan, rekaan kontemporari serta komitmen jangka panjang terhadap perkhidmatan selepas jualan.
Hyundai STARIA – MPV Futuristik untuk Gaya Hidup Keluarga Moden
Direka untuk memenuhi keperluan keluarga besar dan kegunaan eksekutif, STARIA tampil dengan siluet aerodinamik seakan kapal angkasa serta konfigurasi tempat duduk 7 atau 10 orang. Rekaannya minimalis namun mewah dengan ciri-ciri eksklusif seperti bumbung suria berkembar, tempat duduk relaksasi premium dan sistem audio BOSE® 12-pembesar suara (untuk Prestige 7 tempat duduk).

Dikuasakan enjin diesel 2.2L CRDi berkuasa 177 PS dan tork 430 Nm, digandingkan transmisi automatik 8-kelajuan, STARIA juga dilengkapi sistem keselamatan Hyundai SmartSense seperti FCA, LKA, BVM, dan Surround View Monitor (bergantung varian).
Harga bermula: RM179,888
Hyundai TUCSON Baharu – SUV Bergaya Kini Ada Varian Hibrid
TUCSON kini hadir dalam versi facelift dengan reka bentuk luaran ‘parametric jewel’ yang agresif dan dalaman yang lebih moden dengan skrin melengkung 12.3 inci serta konsol tengah terapung.

Ditawarkan dalam pilihan enjin petrol 2.0L MPI, 1.6L turbo dan juga 1.6L hibrid HEV (buat kali pertama di Malaysia), TUCSON menekankan gaya hidup pintar dengan teknologi seperti pengimbas cap jari, kawalan pendingin digital sentuhan 6.6 inci, dan pelbagai sistem bantuan pemandu seperti SCC dengan fungsi Stop & Go, FCA dan Blind Spot Monitor.
Harga bermula: RM143,888
Hyundai SANTA FE Serba Baharu – SUV Keluarga Penuh Gaya dan Teknologi Terkini
Sebagai SUV andalan jenama ini, SANTA FE tampil sepenuhnya serba baharu dengan rekabentuk yang garang dan maskular serta praktikaliti kelas pertama termasuk bukaan tailgate terlebar dalam sejarah Hyundai dan tempat duduk baris kedua yang boleh lipat & simpan.

Pilihan enjin termasuk hibrid 1.6L (235 PS) dan petrol 2.5L turbo AWD (281 PS). Varian tertinggi Calligraphy hadir dengan tempat duduk Nappa leather, dulang UV-C sterilization pertama dalam kelasnya, pengecas dwi-wayarles dan sistem Bose 12-speaker.
Keselamatan diperkukuh dengan 10 beg udara dan Hyundai SmartSense penuh, termasuk Remote Smart Parking Assist (RSPA), Surround View Monitor 3D, serta bantuan elak pelanggaran berbilang arah.
Harga bermula: RM225,000
Jaminan & Servis Premium Hyundai di Malaysia
Bagi 100 pelanggan pertama, Hyundai menawarkan 8 kali servis percuma (termasuk alat ganti dan buruh), disamping waranti 8 tahun / 160,000 km serta servis buruh percuma untuk 4 kali pertama bagi semua pembeli baharu.

Hyundai juga akan memperluas capaian selepas jualan kepada 25 cawangan sah menjelang 2030, selari dengan sasaran untuk memberi sokongan lebih menyeluruh kepada pelanggan di seluruh negara.
Dengan barisan produk yang kini lebih relevan dengan keperluan tempatan, sokongan penuh dari Hyundai Motor Company serta pendekatan yang mengutamakan pengguna, Hyundai Malaysia kini bersedia bersaing di barisan hadapan industri automotif tanah air.
🔗 Maklumat lanjut & kemas kini promosi: www.hyundai.com/my