Hyundai Motor labur RM6.48 bilion bangunkan fasiliti produksi kereta di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Perkembangan terkini usaha Hyundai untuk bertapak di Indonesia semakin cerah apabila pengeluar dari Korea tersebut telah menandatangani perjanjian awal untuk membina kilang baharu di negara tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia merupakan kilang pertama Hyundai untuk rantau Asia Tenggara dan dijangka bakal memberikan saingan sengit kepada kubu kuat pengeluar Jepun tersebut. 

Menurut Hyundai Motor, ia akan melibatkan pelaburan bernilai $1.55 bilion (RM6.48 bilion) untuk tempoh operasi sehingga 2030, termasuklah pembangunan produk dan kos operasi. 

Fasiliti produksi tersebut akan dibina di bandar Bekasi, timur Jakarta dan bakal memulakan proses pemasangan kenderaan Hyundai lewat tahun 2021, dengan kapasiti tahunan kira-kira 150,000 unit dan mampu mencapai sehingga 250,000 unit.
 


Antara produk yang bakal lahir termasuklah SUV kecil, dan MPV, termasuklah kenderaan elektrik yang kini sedang dalam pertimbangan. 

Selain daripada memenuhi permintaan pasaran Indonesia serta negara ASEAN yang lain, pembinaan fasiliti di Indonesia juga dikatakan mampu mengelakkan tarif import yang bernilai 5% sehingga 80% yang dikenakan untuk rantau ASEAN.

Perjanjian antara Timbalan Pengerusi Eksekutif Hyundai, Euisun Chung dan Presiden Indonesia, Joko Widodo termeterai pada sidang perjumpaan pemimpin ASEAN yang dianjurkan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in. 

 


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan LMC Automotive, prestasi Hyundai adalah sangat tidak memberangsangkan di Asia Tenggara, dengan jumlah jualan 122,883 unit dari tempoh Januari-September tahun ini berbanding Toyota yang kini melebihi angka 850 ribu untuk tempoh yang sama.

LMC Automotive turut meramalkan penurunan sehingga 4% untuk jumlah jualan di rantau ASEAN pada suku keempat, sebahagiannya adalah disebabkan kelembapan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. 

Tambah Hyundai lagi, negara-negara penting ASEAN termasuklah Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Singapura dijangka menyaksikan peningkatan penjualan kenderaan kepada 4.49 juta unit menjelang tahun 2026, berbanding 3.16 juta unit pada tahun 2017. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Pusat Produksi Polestar ini direka oleh syarikat arkitek Snøhetta, bertujuan untuk menjadi salah…