Hyundai Motor Group perkenal hibrid baharu, lebih berkuasa dan jimat, Palisade perasmi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sistem Hibrid Generasi Baharu Hyundai Motor Group
Sistem Hibrid Generasi Baharu Hyundai Motor Group
Tumpuan pada kenderaan elektrik (EV) tidak bermakna rangkaian kuasa lain diabaikan. 

Sebagai contoh pengeluar memberi perhatian semula kepada kenderaan hibrid plug-in (PHEV) dengan jarak pemanduan elektrik menjangkaui 100 kilometer (km).

Begitu juga dengan teknologi hibrid supaya berfungsi lebih cekap.

Sementara teknologi EV beralih ke fasa lebih matang dan kemudahan pengecasan bertambah, PHEV dan hibrid dilihat sebagai pilihan yang baik.
Hyundai Palisade Hybrid Calligraphy 2026.

 

Terbaru Hyundai Motor Group (HMG) memperkenalkan sistem rangkaian kuasa hibrid generasi baharu yang menetapkan penanda aras baharu dari segi kuasa dan kecekapan.

Sistem ini akan digunakan dalam pelbagai jenis kenderaan, termasuk model dengan enjin 2.5 liter turbo hibrid dan 1.6 liter turbo hibrid yang telah dinaik taraf.

Palisade baharu menjadi kenderaan pertama sebelum diperluaskan ke model lain.

Menurut Hyundai, sistem ini menawarkan penjimatan bahan api lebih baik, berkuasa dan bertenaga berbanding versi 2.5 turbo petrol. 

Sistem Hibrid Generasi Baharu Hyundai Motor Group 2025

Ciri Utama Sistem Hibrid Generasi Baharu

  • Menggunakan kotak gear baharu yang menempatkan dua motor terbina dalam (P1 dan P2).
  • Motor P1 berfungsi untuk pemulaan, penjanaan tenaga bateri dan bantuan pemanduan.
  • Motor P2 digunakan untuk pemanduan dan brek regeneratif.
  • Gabungan motor berkembar ini meningkatkan kuasa, prestasi dan kecekapan bahan api.
  • Menyediakan penukaran gear yang lebih lancar serta mengurangkan bunyi dan gegaran dan meningkatkan keselesaan pemanduan secara keseluruhan.
Sistem Hibrid Generasi Baharu Hyundai Motor Group 2025

Gabungan Fleksibel dengan Enjin Pembakaran Dalaman

  • Kotak gear boleh digabungkan secara fleksibel dengan enjin pembakaran dalaman dalam rangkaian model Hyundai.
  • Output sistem boleh menjangkau dari sekitar 100 ps rendah hingga 300 ps pertengahan.
  • Penggunaan menyeluruh dari kenderaan sub-kompak hingga model besar.

Teknologi Elektrifikasi Tambahan untuk Keselesaan dan Prestasi

  • Teknologi daripada EV digunakan seperti Stay Mode, Vehicle-to-Load (V2L) dan Smart Regenerative Braking.

Rangkaian kuasa 2.5L Turbo Hibrid dan 1.6L Turbo Hibrid

  • Rangkaian kuasa pertama ialah enjin 2.5 liter turbo hibrid baharu.
  • Prestasi maksimum dalam Hyundai Palisade baharu: 334ps, 460Nm dan kecekapan bahan api 14.1 km/l.
  • Menawarkan 45% kecekapan bahan api lebih baik, 19% lebih kuasa maksimum dan 9% lebih tork berbanding model 2.5 turbo petrol.
  • Versi 1.6 liter turbo hibrid turut ditawarkan dengan tork meningkat daripada 367Nm ke 380Nm dan peningkatan lebih 4% dalam kecekapan bahan api untuk SUV bersaiz sederhana.
Hyundai Palisade Hybrid Calligraphy 2026

 

Penambahbaikan Enjin dan Transmisi

  • Penugasan semula fungsi pemulaan dan penjanaan kepada motor P1 mengurangkan kehilangan kuasa.
  • Aliran silinder yang dipertingkat dan penggunaan kitaran cekap tinggi dioptimumkan untuk aplikasi hibrid.
  • Menggunakan kitaran 'over-expansion' – injap kemasukan ditutup lewat semasa mampatan untuk menurunkan nisbah mampatan efektif sambil mengekalkan nisbah pengembangan tinggi semasa pembakaran.
  • Direka untuk mengurangkan penggunaan kuasa semasa mampatan campuran dan memaksimumkan tenaga selepas pembakaran.
  • Reka bentuk omboh yang diperbaharui dan julat suntikan tiga kali ganda yang dipertingkat meningkatkan kelajuan pembakaran, kestabilan dan mengurangkan ketukan.
Hyundai Palisade Hybrid Calligraphy 2026

 

Kawalan Lebih Tepat untuk Pengalaman Pemanduan

  • Struktur selari P1+P2 dan penambahbaikan pada enjin pembakaran dalaman menyumbang kepada kecekapan bahan api dan prestasi kuasa yang lebih baik.
  • Motor P1 disambung terus ke enjin untuk mengurangkan masa mula enjin.
  • Kawalan tepat terhadap beban enjin dan daya pemanduan daripada motor P1 dan P2 memastikan enjin beroperasi dalam julat kecekapan tinggi.
  • Integrasi logik transmisi hibrid Active Shift Control (ASC) membolehkan penukaran gear lebih pantas dan lancar.
  • Kawalan klac enjin yang dipertingkat memendekkan masa pertukaran daripada mod EV ke enjin.
  • Motor P1 turut digunakan untuk mengurangkan getaran enjin dan bunyi semasa pengecasan bateri dalam keadaan melahu.
Sistem Hibrid Generasi Baharu Hyundai Motor Group 2025

Teknologi Elektrifikasi Tambahan untuk Pengendalian dan Kestabilan

  • Sistem e-AWD menambah motor pemanduan P4 pada gandar belakang untuk meningkatkan prestasi dan respons pecutan.
  • Ditawarkan bersama AWD mekanikal konvensional, mengikut keperluan kelas dan pasaran.
  • e-VMC 2.0 (Kawalan Pergerakan Kenderaan Elektrifikasi) untuk kestabilan dan keselesaan pemanduan, termasuk:
    • e-Handling 2.0: kawalan motor hadapan dan belakang secara bertentangan untuk mengurangkan olengan.
    • e-EHA 2.0: bantuan elakan kecemasan menggunakan radar dan kamera, kawalan brek tepat semasa olengan mengejut.
    • e-Ride 2.0: memaksimumkan keselesaan semasa melintasi bonggol kelajuan dengan kawalan pergerakan menegak melalui perubahan pusat graviti.
 Sistem Hibrid Generasi Baharu Hyundai Motor Group 2025

Fungsi Stay Mode dan V2L

  • Stay Mode menggunakan bateri voltan tinggi untuk menghidupkan sistem hiburan dan penyaman udara tanpa perlu hidupkan enjin.
  • Boleh digunakan sehingga satu jam apabila kapasiti bateri antara 70–80%.
  • Ciri tempahan penggunaan Stay Mode – mengecas bateri secara automatik sejauh 2 km sebelum tiba ke destinasi untuk capai 70–80% cas.
  • Fungsi V2L menawarkan kuasa maksimum 3.6 kW – boleh digunakan semasa enjin hidup atau semasa dalam Stay Mode.
  • Dalam Stay Mode, sehingga 50% kapasiti bateri (dari 80 ke 30%) boleh digunakan untuk bekalan kuasa peranti luaran.
Sistem Hibrid Generasi Baharu Hyundai Motor Group 2025

 

Kawalan Pintar untuk Kecekapan Optimum

  • Hierarchical Predictive Control (HPC): ramalan laluan dan keadaan jalan untuk kawalan cas bateri optimum.
  • Memilih mod pemanduan terbaik (EV, hibrid, brek regeneratif, dll) bagi menjimatkan bahan api.
  • Smart Regenerative Braking: menggunakan data navigasi dan jarak ke kenderaan di hadapan untuk mengaplikasi daya brek regeneratif secara automatik.
  • Kurangkan keperluan menekan brek dan tingkatkan kadar pengecasan bateri.
​Hyundai Palisade Hybrid Calligraphy 2026

 

Perancangan Masa Hadapan dan Perluasan Model Hibrid

Hyundai merancang untuk memperluaskan penawaran model hibrid daripada tiga kepada lima model dan dalam semua model hibrid masa hadapan. 

Teknologi HMG bermakna rangkaian kuasa ini akan digunakan dalam model lain di bawah jenama Hyundai dan Kia termasuk jenama mewah Genesis.

Selain e-AWD, sistem hibrid 2.5 turbo dengan pacuan roda belakang akan diperkenal pada tahun 2026. 

Teknologi elektrifikasi juga akan disesuaikan mengikut ciri kenderaan, kelas dan keperluan pasaran serantau.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Palisade Hybrid Calligraphy 2026

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sebanyak tujuh model kereta akan dikeluarkan dalam tempoh lima tahun. "Pelaburan Hyundai ini akan…
Berita Global
  Sasaran itu bakal dicapai melalui gabungan jualan model elektrik Hyundai Motor, Kia dan Genesis…
Berita Global
  Selepas kereta berhenti, ACR berkomunikasi dengan IONIQ 6 untuk membuka pelindung slot…