HYUNDAI MOBIS BAKAL MEREVOLUSI GRIL HADAPAN UNTUK EV?

oleh Firdaus Razani|
Kenderaan elektrik dilihat semakin meluas tidak kira apa segmen sekalipun dari kereta yang kecil hingga ke kereta penumpang yang besar pada era kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu mendapat keunikkannya sendiri pada pembangunan sesuatu model itu.

Namun, dengan perkembangan EV yang semakin meluas, ciri-ciri reka bentuk yang jelas terlihat semakin mengubah permainan industri EV ini terutama sekali reka bentuk gril hadapan.

 

HYUNDAI

 

Mungkin pada kebanyakkan jenama memikirkan EV tidak memerlukan gril hadapan oleh kerana ia tidak mempunyai enjin yang perlu laluan udara yang berfungsi sebagai penyejuk enjin.

Selain itu juga, ia turut menunjukkan tren terkini EV dimana ia perlu nampak lebih futuristik dan lebih moden dari segi reka bentuk yang minimalis dan tidak kompleks.

 

HYUNDAI

 

Berbeza dengan Hyundai Mobis, mereka kini sedang berusaha untuk menangani perkara itu dengan menjadikan gril tradisional berguna dalam era elektrik.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, syarikat itu telah membangunkan "Modul Muka Depan Bersepadu" yang menawarkan aerodinamik yang lebih baik serta rupa yang lebih konvensional.

 

HYUNDAI

 

Modul itu diilhamkan oleh gril pengatup aktif dan menampilkan komponen yang membuka dan menutup untuk mengurangkan drag.

Walaubagaimanapun, itu terlalu memudahkan perkara kerana bahagian hadapan telah dilengkapi dengan langsir udara aktif, skirt udara, flap gril dan lubang hud.

Ia berfungsi untuk meningkatkan aerodinamik sambil membenarkan pertukaran haba, yang mengoptimumkan kecekapan penyejukan bateri.

Dengan reka bentuk dwiguna itu, jarak EV tersebut boleh bergerak 20km lebih jauh daripada biasa.

 

HYUNDAI

 

Teknologi dari Hyundai Mobis itu dilihat amat bermanfaat untuk crossover dan SUV kerana segmen kenderaan tersebut tidak banyak pilihan untuk meningkatkan aerodinamik.

Vent aktif bukan satu-satunya helah kerana bahagian hadapan tersebut mempunyai ciri pengambilan pengecas automatik serta penderia LiDAR yang boleh ditarik balik.

 

HYUNDAI

 

Selain daripada faedah yang dinyatakan di atas, modul ini membolehkan kelebihan penggayaan kerana pembuat kereta boleh menggunakan reka bentuk gril tradisional.

Ia juga boleh membantu kenderaan tersebut menonjol daripada persaingan EV yang seolah tiada rupa gril hadapan.

 

SUMBER : Carscoops