Hyundai Malaysia lanjut tempoh kempen servis sehingga 31 Ogos 2021

oleh Mohamad Hanif|
Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan tempoh hari, Hyundai-Sime Darby Motors kini melanjutkan tempoh kempen servis pertengahan tahun sehingga 31 Ogos ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM menjelaskan, "terdapat sesetengah pelanggan kami terlepas kempen servis yang ditawarkan disebabkan oleh pelaksanaan PKPD, di mana mereka tidak dapat bergerak melebihi 10 km dari kediaman masing-masing untuk menghantar kenderaan untuk diservis.

Kempen yang dianjurkan oleh HSDM membolehkan pelanggan Hyundai yang menghantar kenderaan untuk diservis menikmati diskaun 15 peratus untuk komponen terpilih, serta 10 peratus untuk kos upah sementara pemegang Hyundai Loyalty Card pula boleh menikmati diskaun 25 peratus untuk alat ganti terpilih, serta 15 peratus untuk kos upah.

Menurut HSDM, pelanggan Hyundai sedia ada boleh mendaftarkan diri bagi mendapat keistimewaan Hyundai  Loyalty Card di mana-mana pusat pengedar sah Hyundai, atau menyemak promosi yang ditawarkan menerusi laman web www.hyundai.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…