Hyundai Malaysia berhenti jual Sonata, Santa Fe dan Veloster

oleh HEZERI SAMSURI|

Nampaknya tiga model menarik dari Hyundai, sedan segmen D Sonata, SUV besar Santa Fe dan kereta sport Veloster tidak akan lagi ditawarkan kepada pasaran Malaysia.

Menurut laman Carlist.my, Hyundai Sime Darby Motors telah senyap-senyap menarik keluar senarai harga untuk ketiga-tiga model itu.

Pengedar-pengedar cuma boleh menjual saki-baki unit yang tinggal dan tidak akan ada lagi tempahan untuk yang baru boleh dilakukan.

Sonata masih diimport masuk dan harganya sedikit tidak munasabah, berbanding dengan pesaing lain yang dipasang di Malaysia. Santa Fe yang baharu juga telah dipertontonkan di Geneva dan begitu juga dengan Veloster baharu yang dilancarkan di New York tempohari.

Mungkin dengan ini Hyundai Sime Darby mampu memberikan fokus yang lebih kepada dua model popular mereka, Ioniq Hybrid yang dipasang di Kulim dan Grand Starex, bas berjiwa Ferrari. 

 

 

 

 

 

SANTA FE

 

VELOSTER

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Hyundai baru sahaja mengumumkan IONIQ 2019 dengan perubahan luar dan dalam. IONIQ adalah famili…
Berita Global
Ia merupakan sebuah konsep di mana sebuah kenderaan yang dipasangkan kaki robot, dan mempunyai…
Berita Global
Dengan semudah parkir kereta sahaja, kereta anda akan dicas secara automatik, dan anda tidak perlu…