Hyundai Malaysia bakal lancar Ioniq 6, serta model facelift Creta, Santa Fe, Palisade

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2023 bakal menyaksikan kehadiran empat buah model baharu yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Hyundai Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Dalam satu video acah yang dimuatnaik di laman media sosial Facebook, Hyundai bakal membawakan sebuah model sedan elektrik Ioniq 6, diikuti dengan tiga buah SUV iaitu Hyundai Creta, Hyundai Santa Fe dan Hyundai Palisade.

 

Hyundai Ioniq 6

ioniq 6


Berbanding Ioniq 5 yang merupakan sebuah crossover, Ioniq 6 merupakan sebuah sedan dengan rekaan fastback.

Dengan menggunakan pelantar E-GMP (Electric Global Modular Platform), Ioniq 6 boleh didapati dengan spesifikasi asas motor elektrik tunggal pacuan roda belakang berkuasa 149 hp dan 350 Nm, serta pek bateri berkapasiti 55 kWH.

Versi Long Range pula dibekalkan dengan motor elektrik berkuasa 225 hp dan 350 Nm, serta pek bateri 77.4 kWh dengan jarak gerak sejauh 610 km (data WLTP).

Terdapat juga penawaran dua motor elektrik dengan kuasa setinggi 321 hp dan 605 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 5.1 saat sahaja.

Baca: Hyundai Ioniq 6


Hyundai Creta

creta


Versi yang diperlihatkan dalam video acah tersebut merupakan versi facelift yang telah pun dilancarkan di pasaran Indonesia pada tahun lalu.

Ia dikuasakan oleh enjin 1,497 cc aspirasi natural yang mampu menghasilkan 115 hp dan 144 Nm, dipadankan dengan transmisi manual atau CVT.

Baca: Hyundai Creta 2022 facelift

 

Hyundai Santa Fe

Santa Fe


Sebuah lagi model bertaraf facelift yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia tahun depan.

Ia didatangkan dengan reka bentuk yang agresif pada bahagian muka hadapan, lampu DRL macam tukul Thor Volvo, serta struktur lampu utama pada bahagian penghujung jeriji yang lebar itu.

Baca: Hyundai Santa Fe facelift

 

Hyundai Palisade

Palisade


Jika anda masih ingat, Hyundai Palisade merupakan SUV besar yang telah dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2021.

Versi facelift yang bakal dibawa masuk tidak lama lagi ini membawakan beberapa perubahan bersifat kosmetik, seperti lampu DRL yang lebih gagah, dan rekaan jeriji yang lebih bersegi.

Baca: Hyundai Palisade 2023 facelift

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…