Hyundai mahu kembali ke pasaran Jepun dengan Ioniq 5

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, untuk sebuah jenama Korea bertapak di negara Jepun mungkin agak sukar, dan disebabkan itu Hyundai terpaksa menghentikan operasi di sana pada tahun 2009 disebabkan prestasi jualan yang tidak memberangsangkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, laporan terbaharu Bloomberg menyebut jenama Korea Selatan itu sedang bersedia untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama, dan mensasarkan angka jualan yang lebih tinggi berbanding prestasi terdahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Hyundai Jaehoon Chang berkata, pihaknya akan menyerang kembali pasaran Jepun dengan menawarkan EV sahaja, dimulakan dengan model Hyundai Ioniq 5.

Tambahnya, model-model kenderaan Hyundai hanya akan dijual menerusi pendekatan dalam talian.

"Kami mengalami pertumbuhan yang besar bagi kenderaan elektrik di Korea, dan kami menjangkakan perkara yang sama, mungkin lebih pantas lagi di Jepun," ujarnya.

Pada ketika ini, Jepun masih lagi bukan pasaran kenderaan elektrik yang utama di dunia, di mana pada tahun 2021 pegangan pasaran bagi genre kenderaan elektrik bateri (BEV) hanyalah di bawah 1 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan 4.5 juta unit.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…