Hyundai mahu Ioniq 5 N tawar pemanduan menyeronokkan, sama seperti hot hatch i30 N

oleh Mohamad Hanif|
Bukan satu rahsia lagi di mana Hyundai sedang membangunkan sebuah hot hatch berkuasa elektrik di bawah payung divisyen prestasi tinggi N.

Biarpun berkuasa elektrik, Hyundai tetap mahukan EV yang telah ditala itu mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan seperti apa yang dirasai pada model-model N yang terdahulu.

Dalam satu temubual bersama CarExpert, Penasihat Teknikal Hyundai Albert Biermann menjelaskan ia bukanlah sekadar perasaan gegaran penukaran gear semata-mata, akan tetapi mereka mahukan Ioniq 5 N menghasilkan bunyi dan pengalaman DCT yang hampir menyamai model hot hatch i30 N.
 

ioniq 5


Untuk itu, Hyundai Ioniq 5 N bakal ditawarkan ciri Virtual Grin Shift (VGN) untuk mengaktifkan mod penukaran gear maya diiringi dengan sistem bunyi artifisial N Sound Plus.

Sistem bunyi palsu itu kini sedang ditala oleh Hyundai bagi menghasilkan runut-runut bunyi enjin yang bersesuaian.

Terdapat juga mod drift khas, serta talaan daya brek yang lebih kuat untuk sistem brek regeneratif yang sedang dirancang.

Spesifikasi Ioniq 5 N ini masih lagi belum didedahkan secara rasmi, namun Albert Biermann telah mendedahkan ia mampu menghasilkan kuasa sekitar 600 hp dengan pecutan 0-100 km/j yang mungkin lebih pantas berbanding Kia EV6 GT.

Sumber: CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikalnya, model konsep itu menampilkan konsep komponen-komponen prestasi N Performance…
Berita Global
Apabila menyebut tentang Hyundai, sejarah awalnya bukanlah menunjukkan imejnya sebagai sebuah…
Berita Global
Untuk itu, Hyundai N bekerjasama dengan pengeluar rim Dymag serta pakar bahan komposit Hankuk…