Hyundai mahu guna cap jari ganti kunci fizikal kereta

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai bakal menggantikan peranan kunci fizikal atau kunci digital yang ada pada masa kini dengan ciri keselamatan yang lebih canggih menggunakan sensor cap jari.

Menariknya, kereta pertama yang bakal menggunakan ciri ini adalah SUV Santa Fe 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Hyundai, lokasi pengesan cap jari ini akan diletakkan pada dua tempat, iaitu pada pemegang pintu dan juga butang pandu mula pada papan pemuka. 
 


Sistem pengesan cap jari ini bakal menyimpan tetapan peribadi yang kita telah tetapkan pada kedudukan cermin sisi, tempat duduk, serta tetapan sambungan ke internet.

Malah, pada masa akan datang, Hyundai bakal memperluaskan kegunaannya bagi menetapkan suhu kabin yang dikehendaki, kedudukan kolum stereng dan pelbagai tetapan bersifat peribadi pada kenderaan mereka. 
 


Sistem pengesan cap jari dari Hyundai ini menggunakan pengesan jenis kapasitif dengan kebolehan untuk membezakan hampir 50,000 jenis cap jari, menjadikan ia mampu mengelakkan orang lain mendapat akses tanpa kebenaran.  

Pun begitu, tidak dinyatakan secara spesifik apakah cara alternatif yang bakal disertakan memandangkan Hyundai benar-benar mahukan peranan kunci dihapuskan sama sekali. 
 


Apa yang pasti, teknologi baharu ini mungkin menyebabkan rakan anda yang hendak keluar ke kedai sebentar terpaksa memikirkan alternatif baharu dan berhenti meminjam kereta anda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan trend yang ditunjukkan oleh syarikat automotif semasa, tidak mustahil perkara yang…
Berita Global
Namun begitu, teknologi akses tanpa kunci ini walaupun dilihat menyenangkan, ia tidak begitu…