Hyundai lantik José Muñoz sebagai COO baharu, pemegang Ph.D. Kejuruteraan Nuklear

oleh Muhammad Md Tajudin|
Syarikat pengeluar kenderaan Korea iaitu Hyundai dan Kia sudah lama mengamalkan konsep bakat atau tenaga kerja antarabangsa. 

Malah kedua-dua jenama ini meningkat naik dengan mendedak selepas idea dan program daripada tenaga kerja yang menduduki jawatan tinggi berjaya.

Kebanyakan syarikat pengeluar kenderaan hari ini turut mengamalkan konsep begitu dan tidak dinafikan masih ada syarikat yang tetap berjaya walaupun mengutamakan tenaga kerja tempatan.

Formula untuk Hyundai Motor Company jelas apabila mengumumkan perlantikan José Muñoz sebagai Ketua Pegawai Operasi baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Albert Biermann
Albert Biermann - Tokoh daripada BMW yang kini bersama Hyundai

 

Dengan perlantikan ini, José Muñoz akan bertanggungjawab bagi strategi operasi global serta perlaksanannya.

Fokus beliau adalah bagi menghasilkan pertumbuhan yang menguntungkan dan menambahbaik prestasi keseluruhan Hyundai Motor berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki di dalam bidang ini.

Kelulusan dan pengalaman José Muñoz bukan calang-calang, beliau yang berusia 53 tahun dan berasal daripada Sepanyol memiliki Ph.D. di dalam bidang kejuruteraan nuklear daripada Universiti Politeknik Madrid dan MBA daripada Sekolah Perniagaan Instituto de Empresa (IE) di Madrid.

 

Hyundai i30 N - Fokus Hyundai dalam menawarkan model berprestasi
Hyundai i30 N - Fokus Hyundai dalam menawarkan model berprestasi

 

Beliau juga menamatkan program pengurusan eksekutif di Sekolah Pengurusan Cranfield di United Kingdom dan Sekolah Perniagaan INSEAD di Perancis. Beliau juga fasih di dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis.

Berikut pula ialah pengalaman kerjaya beliau:

  • 2018 - 2019: Ketua Pegawai Prestasi dan Pengerusi Nissan China 
  • 2016 - 2018: Ketua Pegawai Operasi dan Pengerusi Nissan Amerika Utara
  • 2014 - 2016: Naib Pengerusi Eksekutif, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Nissan, Amerika Utara
  • 2004 - 2014: Pengurus Besar, Nissan Eropah, Pengarah Urusan Nissan Motor Iberia, Presiden Nissan Mexico
  • 1999 - 2004: Tugasan Pengursan dalam Pasca Jualan dan Pengurusan Pengembangan Pengedar, Toyota Marketing Europe
  • 1996 - 1999: Pengarah Pembangunan Rangkaian, Daewoo Motor Iberia
  • 1989 - 1996: Pengedar, Citroën 

Dari segi hirarki, José Muñoz akan melapor kepada kepimpinan tertinggi Hyundai Motor Company di Seoul. Beliau mula bertugas pada 1 Mei dan menariknya pejabat beliau bukan di Korea Selatan tetapi di Fountain Valley, California. 

 

Hyundai i30 Fastback N - Sebuah lagi model berprestasi Hyundai
Hyundai i30 Fastback N - Sebuah lagi model berprestasi Hyundai

 

Lokasi tersebut disengajakan memandangkan beliau turut dinamakan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dua organisasi iaitu Hyundai Motor North America dan Hyundai Motor America.

Beliau akan bertanggungjawab untuk keseluruhan pasaran Amerika termasuk Hyundai Motor North, Central and South America dengan jawatan sebagai Hyundai Motor Americas Region.

Perlantikan José Muñoz adalah penting bagi memantapkan penyusunan semula perniagaan seperti yang diumumkan tahun lalu melalui penubuhan Hyundai Motor North America selain daripada beberapa lagi ibu pejabat serantau di serata dunia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin